Friday, 31 October 2014

Friends Trip : 9D8N in Seoul & Jeju Island, South Korea

Hello... :)


I ni dah lama planning nak pergi ke Korea gara-gara tengok drama & movie Korea..1st filem-My Sassy Girl & drama-The Successful Story of Bright Girl yg telah buat aku jatuh cinta dgn Korea ni..I ni category obses and addicted jugak la dengan drama-drama Korea ni..

Waktu zaman kolej dulu..I sanggup mengopek pintu bilik tv semata-mata nak tengok cerita Winter Sonata..I pinjam cd dari kawan..so tak cabar sangat nak tahu ending cerita tu macamana..dah la esok ada final..yes! memang I agak meroyan..end up nya..my pointer dari 3.50 drop ke 2.30..waaa..habis lah I kena bakoor dengan mak ayah I..xpe..xpe..I pandai bab-bab menyorokkan keputusan exam ni... (padahal kantoi..siap ayah suh berhenti belajar..pastu kerja jaga lembu kat ladang..hahaa..memang tak r..nak jaga lembu..)


Tips: untuk situasi begini...jangan cuba sekali anda melawan or nak back up diri ke apa..diam and angukkan kepala anda sahaja..ok..hee~


Kami start beli tiket flight Air Asia on 19 Sept 2012 utk penerbangan pd 15 May 2013 for 7 days..ni pun pukul 4 pagi beli..nekad tuh..dah credit card tak lepas sebab baru lepas shopping pinggan mangkuk kat Langkawi time tuh..pastu nasib baik la I punya kawan..punya kawan baik hati bagi guna..sebab dia nak points nya pasal..hehehehe..












Sebulan before fly, kami just senaraikan tempat2 yang kami nak pergi dan kami bahagikan tugas;
Aku - uruskan penempatan & budget
Yana - makanan & sediakan itenary di seoul
Aiin & Mia - Jeju itenary

Itenary kami sangat-sangat pack. Memang padat dan meletihkan tapi berbaloi lagi puas..hahaha



























Selepas dah selesai itenary...kami sediakan paper budget..search semua harga-harga tiket kat tempat yang kami nak pegi tu..



>> budget




Kami setuju tak nak stick kat satu guesthouse je. Kami pilih guesthouse berdekatan kat 
tempat yg kami nak jalan-jalan ni...tak de lah buang masa sangat..tapi leceh nak packing & heret luggage ke next GH..

Bagi pendapat i la..kalau nak pegi travel ke Korea..better pergi sendiri-sendiri je..lagi mencabar & enjoy dari ambik package travel agency...sekadar orang lain yang sediakan semuanya untuk kita..memang nampak mudah..just bayar je..then follow je apa yang mereka dah plan untuk kita under mereka nya pack..tak mencabar sangatlah..!!


Why not..you all study sikit before pergi and then rasai sendiri..memang puas giler..lagi pun Korea negara maju..very friendly for tourists..brochures & maps ada merata-rata..very easy nak pergi mana-mana..trust me..!!


Lagi pun boleh je nak mintak pertolongan dari guesthouse kita untuk tolong booking kan apa-apa event yang korang nak pergi. They all ni very helpful & friendly.




Before we fly..\^o^/


Monday, 22 September 2014

Family Trip : 3D2N in Pulau Redang, Terengganu

Sudah lama datuk ku request nak pergi ke pulau redang...aku tak sampai hati nak buat derk je dengan permintaan dia..datuk ku ni dah berumur 65 thn tapi masih cergas lagi..tapi kaki dia dah tak kuat macam dulu lagi sebab pernah jatuh dari pokok rambutan...

Di sebabkan permintaannya yang bersunguh-sungguh...aku pun survey la kat Matta Fair bulan March 2014 ari tu..padahal time tu aku mengandung 7 bulan..separuh hari aku duk round cari package yang terbest..

Aku singgah kat booth pertama ku - Redangkalong Resort..dari penerangan staff dia, tempatnya agak privasi daripada resort lain..hanya resort mereka sahaja kat area situ..so tak bising sangat la..kalu berminat kena bayar deposit $100 utk 1 kepala...tapi aku hanya ada $150 je time tu...wohoo..!!

Aku berbincang dengan tokey dia..aku bagi tahu yang aku betul-betul nak booking & nak pergi dalam masa terdekat..after discussion, he agreed I paid deposit $150 for 10 person...for balance i have to paid full on 22nd..yuhuu..berjaya..


Package mereka offer seperti di bawah..free & easy packages; 


Aku pergi survey jugak kat tempat lain dulu...mana lah tahu ada lagi yang murah..
Lastnya...aku pergi balik kat booth 1st tadi..aku pun dah penat dengan perut boyot ni...aku setuju je untuk booking & bayar deposit $150.. aku plan nak pergi time cuti hari buruh, 1 May tu...tapi dah full la plak..so aku ambik hujung bulan 4 jela..27hb - 29hb..



Seminggu before nak pergi tu..ada tambahan lagi 4 org (3 aldults 1 children)..so semua adik beradik ku pergi kecuali 2 org (Abg Ram & Adik Mala) atas sebab yang tak dapat dielakkan..umur kandungan ku cukup 8 bulan...mereka tak galakkan aku pergi sebab naik speed boat..nanti melambung-lambung..

Aku masih berbelah bahagi samada aku patut pergi or tak...tp aku tak nak ketingalan untuk bersama-sama keluarga aku...risau and takut anything happen kat kandungan aku...lagi pun ni anak pertama aku..

Hari kejadian...aku antar mereka ke Merang jetty kul 10:30am..aku tanya kat pak cik yang bawak boat tu..orang mengandung macam aku ni boleh tak pegi sana...dia cakap boleh je asalkan aku hati - hati la..waaaaaaa...aku terus ubah fikiran...aku join gak family aku....yuhuuuu...masa naik boat...diaorg bagi aku duk belakang sekali supaya x rasa sgt boat lompat2...cuaca pun sangat ok pada hari tu..

Perjalanan naik boat 45min..tiba kat resort tu check in kul 12:00pm...hmmmm...biliknya boleh tahan...ada aircond setiap bilik...aku ambik bilik sea view..puas hati..


Kami ikut je jadual yg ditetapkan..makanan kat sini pun sedap..memang privasi lah tempat dia..mak ayah aku nak pergi melawat rumah kenalan diaorg kat area lagoon tapi tak boleh la nak pergi, susah..kat resort ni terperap area sini jela..

Dalam pakej, kami di beri 3 trip snokeling.

1st trip snokeling - Taman Laut

 



 2nd trip snokeling - Pulau Tebu



3rd trip snokeling - Pulau Kerengga


 


Kesimpulannya...kami sekeluarga berpuas hati dgn percutian 3 hari 2 malam ni di Redangkalong resort..


my big family..love all of you guyss..!!
Begini kami sekeluarga berkumpul dan bermesra bersama2..^^

Perjalanan pulang...percutian keluarga di pulau redang yang tak kan kami lupakan...T_T


Friday, 19 September 2014

FourSeasons Homestay di Binjai Rendah|Bukit Payong, Terengganu

Rumah banglo 1 tingkat - 4 bilik tidur, 3 bilik air sesuai untuk pelbagai majlis seperti percutian bersama keluarga, majlis perkahwinan, pertunangan, berkursus, konvokesyen dan sebagainya.

Lokasi Homestay:


Lot 10010 Kampung Bukit Guntung,

Jalan Kuala Berang,
Binjai Rendah, Bukit Payong,
21400 Terengganu.

Waze / Google maps - taip '4 seasons homestay' bukit payong

GPS: 5◦12'02.4"N 103◦05'29.1"E


Berhampiran Dengan:


11 minit (6.6KM) ke Bandar Bukit Payong25 minit (17KM) ke Pusat Membeli Belah (Mydin, Giant)
10 minit (4.5KM) dari EXIT Lebuhraya Pantai Timur (Bukit Payong)
34 minit (20KM) ke Pusat Bandar Kuala Terengganu (Pasar Payang)
23 minit (18KM) ke Bandar Marang dan ke jeti Pulau Kapas/Gemia
30 minit (20KM) ke Taman Tamadun Islam
13 minit (11KM) ke Kolej Tesdec, University UCSI
39 minit (26KM) ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud
45 minit (31KM) ke UMT dan UNISZA
20 minit (14KM) ke UiTM Kampus Chendering Kuala Terengganu.
52 minit (50KM) ke Pengkalan Gawi Tasik Kenyir

Kemudahan:


1) Rumah Banglo dan mempunyai ruang parking yang luas 

2) 4 bilik / 3 bilik air (3 katil queen/2 katil single)
3) Aircond di ruang tamu dan semua bilik
4) Set sofa
5) Tv dan Astro Njoi
6) Kelengkapan dapur
7) Peti sejuk
8) Mesin Basuh
9) Kelengakapan lain etc sejadah, seterika+papan seterika, alas kaki, karpet
*kami menggunakan perabot baru untuk keselesaan anda.

Kadar Sewa:


RM 250/malam


(RM50/malam deposit untuk tempahan - bayaran penuh semasa check in)

Harga boleh dirunding jika menyewa lebih 3 hari / mingguan / bulanan
Lebih diskaun jika disewa mingguan dan bulanan
*Deposit tidak dipulangkan

Check-in Jam 2:00 petang
Check-out Jam 12:00 tengahari

Berminat; 
Sila hubungi saya di-
Hp# 012-9536112 (Hani) or 017-2242486 (Hirzi)
Email; fourseason.homestay1@gmail.com





FourSeasons Homestay

Binjai Rendah / Bukit Payong - Terengganu

Living Hall / Ruang Tamu

Family Hall / Ruang Keluarga

Dining Hall / Ruang Makan

Kitchen Hall / Ruang Dapur

Room 1 / Bilik 1 - Autumn 

Room 2 / Bilik 2 - Summer 

Room 3 / Bilik 3 - Spring

Room 4 / Bilik 4 - Winter

Toilet 1 / Tandas 1

Toilet 2 / Tandas 2

Toilet 1 / Tandas 1

Keselesaan Anda Keutamaan Kami