Wednesday 31 December 2014

Info : Houz Depot Sale


Hi..!!

Houz Depot ada buat sale sampai 4 January 2015..discount up to 90% off..!!

Sesiapa tengah mencari barangan elektrik..pergilah sini..i beli water heater kat kedai luar $750 tapi kat sini $539 untuk yang ada pump..kalu tak de pump hanya $329..jenama Rubine..wohoo..!!

Apa tunggu lagi...sila pergi..ke Houz Depot di Medan Tuanku..

Tuesday 30 December 2014

Pengalaman : Tempoh Berpantang


Hello.. :)

Nak share pengalaman aku ketika dalam tempoh berpantang..mencabar ok..mak aku selalu cakap masa dalam pantang ni lah kita kena jaga body kita betul-betul..nak shape kan balik body kita..edit mana yang patut...hewhew..kalu tak jaga habislah kita orang perempuan..body adalah harta kita yang penting..kena jaga sampai tua..kalu body kita jadi macam ni..nanti laki kita pandang perempuan lain..kita gak yang naya..walaupun kita jadi macam kat bawah ni sebab mereka jugak..kan..kan..

Macam ditujukan untuk diri sendiri je...aigoo..^^ T_T

Teringat lagi aku ketika dalam tempoh berpantang..tempoh yang paling mencabar di antara tempoh mengandung dan bersalin..berpantang memerlukan mental yang kuat..sejujurnya..aku ada menangis sekali depan mak aku..tapi kena marah dengan mak sebab dia cakap aku lemah..stresss woo time ni..huhuuu~

Dalam waktu berpantang ni..kita memerlukan sokongan dan pertolongan dari suami dan keluarga kita terutamanya makkk kita..ye lah..kita tengah sakit, badan tak kuat..nak jaga baby lagi..nak jaga diri sendiri (bertungku & berbekung)..kalu tak jaga..nanti badan jadi mengelebeh..kena berurut lagi..betulkan apa yang patut..kalau tak urut nanti urat jadi kembang..badan akan jadi lagi sakit..dengan berurut boleh la melancarkan peredaran darah dan susu badan kita sikit..berurut kena 3 hari berturut-turut..



Tukang urut aku ambik ni kuat gak bercerita..katanya pernah urut menantu Yusof Haslam la..Abby Abadi la..hebat la kot..dia urut dan bertungku je..kawan-kawan aku cakap mahal dia ni ambik..
#Ibu Lin (0163928680) - RM300.00 for 3 days

Nurse yang melawat aku tu ada bagi nombor tukang urut kat area Selayang ni..tapi laki aku call..dah penuh la pulak..
1) Mariah - 0136452781
2) Zai - 0123418862

Aku berurut selepas seminggu..lewat sikit..sebelum bersalin lagi mak mertua dah carikan tukang urut tapi tukang urut tu kata tak berani nak urut awal-awal..katanya after 2 minggu baru boleh urut..padahal dia dah fully booked rasanya..mak aku suruh suami aku cari tukang urut lain..lepas urut baru rasa ringan sikit badan aku ni..

Dia cakap susu aku banyak..lepas dia urut memancut-mancut susu badan..haaa..bangga jap time ni..hohoho..bersemangat aku bercerita kat suami and mak-mak aku..seee..adakan susunya..sebab before ni diaorang selalu cakap aku tak de susu..susu sikit..haaa..sekarang dah terbukti kan..

Mandi dengan daun serai wangi, daun pandan dan daun mengkudu yang di rebus..pastu campur dengan air..kasi suam...waaaa..nikmatnya..segar badan..

Aku beli set bersalin Leesa Formula..sebab dalam tu semua ada..senang..hajat dihati nak beli set nona roguy tapi ramai recommend beli minyak dengan pil dia je..so kalau beli pecah - pecah macam ni..jadi mahal lah sikit..zaman moden ni, ada orang prefer makan Shaklee..mudah..tapi aku ni kolot sikit..orang kampung..percaya kepada ubatan traditional..jamu..hehehe..
#Leesa Formula - RM300.00



Bertungku kena setiap hari...kadang-kadang sampai tertidur..pastu nanti ada kesan kulit terbakar..hewhew..tungku macam-macam jenis guna..semua aku guna..duduk dengan mak guna batu sungai balut dengan daun mengkudu..dengan mak mertua guna besi..dalam set Leesa Formula dah ada 2 tungku herba..yang bantal panas tu guna jugak waktu nak tidur..hebat kan aku bertungku..



Haaa..sebelum makan tu...make sure dah siap berbekung..nanti tak de lah kita makan banyak..dah r rongga dalam perut besar..nanti semuanya kita sumbat je makan..cara mak aku..hanya makan nasi yang dia dah hidangkan je..tak boleh menambah..hehehee, kejam..hanya makan ikan dengan sayur sawi sahaja ok..mak mertua aku masak ikan sedap..nanti aku tanya dia buat macamana and share kat sini..hewhew 



Jangan banyak berjalan..aku pernah cari bala ketika pantang..ada ke patut aku pergi teman laki aku pergi shopping baju raya kat Jalan Tar tu..tak ke bengong..bayangkan malam 2 hari sebelum raya..betapa ramainya orang..nak jalan pun susah..aku ingat badan aku dah kuat..lastnya sakit pinggang..menyesal sangat aku ikut..nasib baik la aku tak mari 'bentang'..aigoooo

Jangan la korang berjalan kalu tak habis lagi pantang..sabar..duduk je kat rumah..ikut nasihat mak-mak kita..kalau keluar tu tak jadi pape buruk kat kita ok..ni yang takut ni..kalau jadi pape..susah..naya nanti..kita jugak yang menanggungnya..

Di akhir minggu berpantang..dalam 35 hari ke atas..rajin-rajin lah bertangas..buat sendiri je kat rumah..
Oppss..jangan sesekali angkat benda dengan mengepit ibu jari kaki anda..pantang orang dulu-dulu..aku ada buat gitu gak sebelum aku tahu pasal pantang ni..kononnya malas nak tunduk ambik....soo..sampai sekarang ibu jari kaki aku tak fleksible macam dulu lagi..hehe

Ok..selamat berpantang kepada sesiapa yang bakal or tengah berpantang tu..kita boleh..orang perempuan kuat..yang penting kena rajin dan berdisiplin...go..go..!!



Monday 22 December 2014

Tips : Panduan Untuk Membuka Syarikat Milikan Tunggal


1st Step : Daftar perniagaan di SSM

Sebelum nak pergi daftar, kena ada at least 3 or lebih nama company anda - in case nanti nama company yang dipilih telah digunakan oleh orang lain.

Boleh pergi mana-mana SSM yang berdekatan..kat UTC lagi mudah sebab dibuka sampai pukul 9 pm (last nombor giliran diberi pukul 830pm)

Isi borang seperti dibawah;

Borang A : Pendaftaran Perniagaan
Borang A : Pendaftaran Perniagaan (Page 1)
Borang A : Pendaftaran Perniagaan (Page 2)
Borang Permohonan Nama Perniagaan

#Jangan lupa bawa i/c copy bersama anda & duit pendaftaran $70.00

Dah dapat sijil pendaftaran SSM..tahniah! Dah ada company sendiri, yay^^!!..ok seterusnya..anda perlu buat...

2nd Step : Cop Company & Letter Head & Name Card

Kena buat cop company at least 2 jenis - cop bulat & cop yang ada alamat sekali.. 

<Contoh cop>

Letter head untuk syarikat kena ada untuk sebarang surat menyurat nanti..nampak lah profesional sikit..template untuk quotation, invoice and delivery order pun kena ada for our record and monitoring purposes...

<sample letter head>
<sample template quotation>
<sample template invoice>

<sample delivery note>

Name card pun penting kalau dalam dunia business ni..dengan name card kita boleh menambah kenalan dan meluaskan lagi networking kita..adanya name card nampaklah ke professionalan nya..orang pun akan bertambah yakin gitu..


<contoh Name Card>
Lagi bagus kalau ada create logo company sekali..logo yang simple pun ok..asalkan orang akan recognize company kita bila tengok logo tu..macam kat bawah ni..

<Contoh Logo>
3rd step : Membuka Akaun Semasa di Bank

Boleh pergi mana-mana bank..tapi yang bagusnya pilihlah bank ferevet orang ramai macam Maybank and CIMB..cawangan mereka pun banyak..senang untuk kita hendak berurusniaga..bank lain pun boleh jugak..

Untuk create account, kena prepare;
1) salinan i/c
2) salinan sijil pendaftaran SSM
3) name/business card (untuk verify address kat sijil daftar SSM dgn name card sama tak-to avoid fraudster) - few branches akan mintak..just prepare je..penting apa..certain bank macam CIMB je mintak..
4) lesen dari Majlis Perbandaran di tempat anda (setakat ni CIMB je yang mintak-katanya effective since November 2014 lagi & untuk elakkan peniaga mengelak dari dikenakan GST)
5) cop bulat syarikat then
6) sediakan duit deposit;

Maybank - RM2,000.00 (dengan introducer)
CIMB - RM1,000.00 (tanpa introducer)
Bank Islam - RM1,000.00 (tanpa introducer)

**original i/c & sijil pendaftaran SSM kena bawa for verification



> Beritahu kat kaunter nak buka current account untuk company
> Mereka akan bagi 2 keping borang;
1) Business/Company/Club/Association/Society Account Opening Form
2) Letter of Introduction (introducer-syarikat/personal yang dah ada akaun semasa dengan bank ini).
> Fill up above form & attached I/C copy & SSM certificate
> Everything dah complete - officer in charge will assist us (cop company bawak ok!)
> Bank akan buat review dulu, within 3 or 4 days baru bank akan call untuk urusan pembukaan akaun..masa ni bayar deposit RM2,000.00 tu..
> After 3 working days, baru dapat buku cek...ATM card Maybank memang tak bagi tau..

* Maybank mudah untuk berurusan..everything simple+padat..borang pun sikit je perlu diisikan tapi dia perlukan introducer je..



> Beritahu kat kaunter nak buka current account untuk company
> Mereka akan bagi Borang Permohonan Membuka Akaun Untuk Perniagaan/Syarikat/Persatuan/Lain-lain
> Fill up above form * attached I/C copy & SSM certificate * lesen dari Majlis Perbandaran di tempat anda * kena ada name/business card jugak 
> Everything dah complete - officer in charge will assist us
> Bank akan buat review dulu (further check up details with Bank Negara), within 1 week..
> If ok..baru bank akan call untuk bank in kan amount RM1,000.00 tu.
> After 3 days datang untuk collect buku cek & kad ATM.

Kalau dengan CIMB ni, kadang-kadang mereka akan mintak kita ambil produk mereka seperti insuran..yang akan ditolak pada akaun semasa kita setiap bulan.

*CIMB bank adalah bank yang paling cerewet sikit SOP nya..^^



> Beritahu kat kaunter nak buka current account untuk company
> Mereka akan bagi 2 keping borang;
1) Business/Company/Club/Association/Society Account Opening Form (borang kaler hijau)
2) Personal detail form (borang kaler biru)
> Fill up above form & attached I/C copy & SSM certificate
> Everything dah complete - officer in charge will assist us 
> Bank akan buat review dulu, within 1 week baru bank akan call untuk urusan pembukaan akaun..masa ni bayar deposit RM1,000.00 tu..
> After 3 working days, baru dapat buku cek..bankcard (akan dicaj untuk buat ATM card-RM12.00, buku cek)..^^
> Pastu mintak siap-siap dia ajarkan cara nak install kan Perbankan Mudah Alih- i TAP kat hp

* Bank Islam pun ok..mudah untuk berurusan..cuma banyak sikit kena isi borang compare tu Maybank


Jangan lupa create sekali maybank2u.com/cimbclicks.com nya access (request dalam talian pun boleh), senang sikit nak berurusan secara online..semuanya dihujung jari anda..hewhew!!

#p/s: Semasa berurusan dengan pihak bank, sentiasa bawa cop syarikat anda..tapi Bank Islam tak mintak cop pun!!

Settle semua diatas..so apa lagi..start berurusniaga sekarang..selamat maju jaya..fighting!!


p/s: Antara sebab penting kenapa anda kena mendaftar perniagaan anda sekarang..ianya penting untuk mengelakkan pengguna ditipu..^^


Wednesday 17 December 2014

Korea : Hanbok Free Trying!!

Hi..

If you comes to Korea..you should try Korean Traditional Clothes-Hanbok..i ada try kat Tea Guesthouse, Anguk..if you stay up to 3 nights then you can try free Hanbok..tapi mereka baik hati bagi kami try free even we only stay 1 night..tq Tea GH..!! 

sopan kan~

Hanbok Free Trying : Tourism Center The Seoul Global Culture

Seoul Global Culture & Tourism Center The Seoul Global Culture & Tourism Center is a global cultural exchange venue that is available for anyone who visits Seoul.

Interpreters who speak English, Chinese and Japanese are available at this center and can provide information and answer all inquiries regarding Seoul.

In addition, various Traditional Cultural Experience Programs are available including traditional Korean mask making, traditional Korean painting and making traditional Korean crafts.

Website: www.seoultourism.kr

Address: 31-1 M Plaza (5F), Myeongdong 2-ga, Jung-gu, Seoul

Phone: 02-3789-7961

Hours: 10:30 a.m. – 10 p.m. (Closed on Seollal and Chuseok)

Admission Fee: Free

How to Get There:
☞Subway line 4, Myeongdong Station, exit 8. Walk 5 minutes.
☞Subway line 2, Euljiro 1(il)-ga Station, exit 5 or 6. Walk 10 minutes.


Hanbok Try : Insa-dong Tourist Information Center

Rental Fee : 3,000 won

So korang..cuba..jangan tak cuba..!!

Tuesday 16 December 2014

Product Review : My Kantan

Hi,

Saje nak share product yang saya guna ni..My Kantan = sabun muka, ada juga sabun badan..tapi setakat ni saya try sabun muka je..so far saya betul-betul suka..ni pun my cousin yang bagi tahu sebab dia try ok and dia suka..pastu promote kat sepupu-sepupu dia...kami jenis muka yang cepat berminyak and of cos la jerawat dengan hebatnya bermaharajalela di muka..

Saya ni jenis susah nak tukar pencuci muka...dari zaman sekolah lagi dah pakai Olay..betapa setianya saya dengan Olay (sebab pernah tengok satu tv show ni..seorang nenek yang lawa ditemubual..apa rahsia kecantikan anda..dia jawab...Olay..hehee~♡) 

Lepas dari tv show tu...terus beli Olay and setia sampai la saya jumpa sabun muka my kantan ni..lepas guna mykantan..rasa muka dah kurang berminyak terutamanya ketika bangun pagi..yay! 

Lagi satu, saya tak suka lepas cuci muka dengan certain facial foam..kulit muka jadi tegang..rasa macam kulit tertarik gitu..tapi dengan mykantan..saya rasa kulit muka rasa fresh and tak terlalu tegang..

Saya try gugel apa ingredient sabun ni yang membuatkan sabun ni best..ownernya cakap mykantan ni diperkaya dengan ekstrak minyak pati kayu manis, madu dan rumpai laut. 

Oooo...kayu manis rupanya..patutlah bau herba..teringat waktu zaman remaja dulu, selalu juga lenyek kulit kayu manis pastu tempek kat muka..petua nenek moyang nak hapuskan jerawat..tapi pedih ok...hehehhe...sape pernah cuba, tahulah rasa pedih ye macamana...hee~

Kulit kayu manis+madu 》 bertindak sebagai agen anti-bakteria bagi mengelakkan pembiakan jerawat &                                               kesan hitam akibat jerawat.
Rumpai laut 》dapat mengekalkan kelembapan pada kulit muka.

Try jela sebiji dulu..tak rugi untuk mencuba..kalau ok..keep continue guna..kalau tak ok dengan kamu..terus stop..

Kalu berminat nak mencuba..!!
Pn Nurul : 012-9536112 


Nyahkan jerawat & kulit berminyak dari wajah anda..
Selamat mencuba..!!! 


Saturday 13 December 2014

Family Trip : 3D2N in Taiping

Hi...!!!

Hujung minggu baru ni..kami pergi ke Taiping..ada kenduri kahwin..so alang-alang dah pergi sana..bercuti lah sekali..round-round tempat yang best kat Taiping ni..

Day 1:

Bertolak pukul 10am dari Gombak..sampai ke Taiping dalam pukul 2pm..pergi singgah makan sekejap dekat Doli kuewteow..kat pekan Taiping ni, femes jugak la restoren Doli ni..Doli=Dollah Ali..I makan nasi ayam..best gak..


Pukul 3:30pm, kami bawa Adam pergi ke Zoo Taiping...(macam la Adam faham kan..hewhew)


Haiwan kat zoo ni macam tak berapa nak banyak..tapi haiwan-haiwan kat sini nampak aktif sikit compare kat zoo negara..
kami tak sempat nak cover habis..sebab hujan..lebat~
#Adam sempat popo kat sini..budak kecik ni..pergi mana-mana mesti nak tinggalkan kesan..


Kebetulan kami sampai tu, pukul 3:30pm..pekerja zoo kat situ tengah bagi makan kat si buaya..kagum sangat dengan keberanian mereka..masuk sangkar buaya..bagi buaya makan ayam..

Hmmm..jumpa Ustaz Azhar Idrus (UIA) kat zoo ni..beliau pun bawak family dia jalan-jalan...anak beliau comel-comel tuu..tak berani nak ajak bergambar bersama..sebab dah ramai orang ajak dia bergambar..lagi pun tengok dia kelam kabut je..

Ok..perut pun dah lapar..kami bergerak pergi ke gerai yong tau fu..kalau datang Tepeng..kena pergi tau..order ABC sekali..yummy♡


Kat sini pun..kami bertembung lagi dengan UIA dengan family nya..hehehe~
Perut dah kenyang..Adam pun dah penat..kami bergerak balik ke homestay  kat The Jana Resort..($160.00 per night)..malam ni pergi rumah pengantin kat Kg Tersusun..mereka sediakan makan malam..

Day 2:
Abah bawak kami pergi makan breakfast..ke tempat special katanya..jauh jugak tempatnya dari homestay..dalam 10min perjalanan...sekali hampa, kedainya tutup la pulak..

Abah pergi ke satu lagi kedai nasi lemak..berdekatan rumah tentera..ramai pelanggannya..lauk nasi lemak dia banyak pilihan..


Lepas breakfast..kami pergi round area Taiping Lake Garden, huge rain trees more than 100 years old, line the road with their branches stretching into the lake.. it is a joy to just take a walk under these trees and enjoy the beautiful scenery...then kami ke Bukit Jana waterfall..si budak Yaya sempat mandi.. sayangnya tempat yang cantik begini dikotori..lampin pakai buang ditinggalkan macam tu je..sadis betul..


Bersiap pergi ke kenduri kahwin..Alhamdulillah, tak hujan hari ni..majlis berjalan lancar..di sebelah petang, si Yaya request untuk naik kuda..Abah bawak kami round area Taiping..tengok bangunan-bangunan bersejarah, Taiping still mengekalkan kesenian sejarah datuk nenek moyang kita..singgah kat the Taiping Equine Park..Yaya nak horse riding..kid have fun here..!!

Dah penat...balik ke homestay...esok pagi nak bertolak balik dah..!!!

Day 3:

*Abah try lagi pergi ke gerai nasi lemak feveret dia tu keesokkannya..tapi still kecewa..kedai masih tutup..hewhew 
Banyak lagi yang boleh di explore kat Taiping ni..next trip plak..
Ok..bergerak balik dah..dadaaa~

Sunday 23 November 2014

Info : Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG41)


Hi adik-adik..,

Ada orang forward artikel ni kat saya, jadi saya pun saje je update kat sini..mana tahu ada sesiapa terbaca ke apa..

Jangan baca je..apply lah..saya pun teringin jugak nak jadi cikgu MARA ni..dulu saya pernah belajar kat MRSM Balik Pulau..cikgu nya best-best and hebat-hebat je..ada gak minat nak jadi tenaga pengajar..bakat dah ada..bersuara lantang dan jelas..jenis suara besor..

Jadi jangan berlengah-lengah lagi, cepat click link borang permohonan online yang kat bawah ni..terus je isi...x payah nak bertangguh-tangguh..nanti last minute baru la sibuk nak apply nya..hehehe..

Permohonan ini adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Bidang dan subjek yang ditawarkan:

- Bahasa Melayu
- Bimbingan dan Kaunseling
- Sains (Biologi, Fizik dan Kimia)
- Ekonomi
- Matematik
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Islam (Tahfiz)
- Media
- Pengurusan Perniagaan
- Perniagaan Antarabangsa
- Pendidikan Senireka/Visual
- Senireka Grafik
- Rekacipta
- Komputer Multimedia dan Animasi
- Geografi
- Sejarah/Sivik
- Perakaunan
- Undang-undang
- Internal Affairs Management
Borang Permohonan Online:
http://aplikasi.mara.gov.my/vacancy2/
Tarikh tutup permohonan pada 30 November 2014
Lokasi : Seluruh Malaysia

Wednesday 19 November 2014

Info : Karnival Kerjaya MARA 2014


Hi semua... :)

Sesiapa yang still looking for a job..why not hujung minggu ini, 22-23 November 2014..kalian semua rajinkan diri bangun awal pagi,  pergi ke Karnival Kerjaya MARA 2014 di...

Tempat: Dewan Odyssey, Level 7 Mercu UEM, Jalan Stesen Sentral 5 (berhampiran KL Sentral)
Time: jam 10:00 pagi - 5:00 petang

Ada sesi dialog bersama YB Senator Dato' Sri Wahid Omar..my ex CEO dulu..patut dengar..orangnya tersangatlah hebat, humble lak tuuu..cool~ such a great person..I adore him as my idol..

P/S : Jangan lupa ye...bawa bersama resume anda untuk temuduga terbuka...!!! (make sure resume anda di update dengan info-info terkini ye...hewhew...get well prepare)

"Find out what you like doing best and get someone to pay you for doing it." - Katherine Whitehorn



Info : Pengambilan Sesi Januari 2015 - Institut Pendidikan MARA (IPMa)


Hi...!!!

Permohonan kemasukan Institut Pendidikan MARA (IPMa) sesi Januari 2015 telah dibuka, permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon Bumiputera sahaja.

Kepada adik-adik lepasan SPM, anda semua dijemput ke permohonan terbuka program lepasan SPM di lokasi-lokasi seperti iklan dibawah.

For Kolej Professional MARA & Kolej Kemahiran Tinggi MARA 》》 Yuran pengajian dibiayai & elaun sara hidup disediakan.

For Universiti Kuala Lumpur & Kolej Poly-Tech MARA & German-Malaysia Institute 》》 Pinjaman pelajaran disediakan bagi yang layak.

Apply ye adik-adik...jangan tak apply...!!!

Hebahkan kat kawan-kawan yang lain...saudara-saudara kita...MARA nak bantu anak-anak Melayu untuk menempuh hidup yang penuh cabaran ini...dengan memberi kemahiran yang memenuhi kehendak industri.

Push yourself because, no one else is going to do it for you..

"Never regard study as a duty, but as the enviable opportunity to learn to know the liberating influence of beauty in the realm of the spirit for your own personal joy and to the profit of the community to which your later work belongs." - Albert Einstein


Saturday 15 November 2014

Korea : Day 4 - Han Gang River Cruise

Hi,


Hari ke-4 ni..kami stay dekat BoA Guesthhouse lak..kali ini kami sewa taxi..sudah tidak sanggup lagi untuk mengheret luggage kami yang semakin berat ni..

#BoA Guesthouse - 330,000₩ (bilik for 4 person)



Check in untuk BoA GH lak..yuhuu...!!

Namdaemun Market - The epitome of a traditional market in Seoul, popular for its shopping and sightseeing attractions with visitors nationally and from abroad. The market is very crowded with retailers from every corner of Korea at 4 o'clock in the morning.

Direction; Heohyeon Station 5 (Line 4)

Check in done..kami pergi ke Namdaemun market (open - 09:00am), naik tren line Hoehyeon line 4, keluar exit 5..kami shopping sikit sebab hendak kejar masa..so just window shopping je dulu..
》beli pot (untuk masak maggi) & spoon - 16,000₩, 


We take our lunch at Gosami Grilled Fish Restaurant..susah sikit hendak cari restaurant ni..puas pusing-pusing & tanya-tanya orang...macam hendak give up jugak..tapi alang dah penat mencari..nak try jugak makan kat situ..lastnya dekat je dengan tempat yang kami turun awal-awal tu..orang bagi wrong direction...aigooo 😣

Direction to Gosami: 

Subway Green Line 2, Sinchon. Take Exit 1. 
From Exit 1, just walk straight until you found Waffle Bant on your right hand side. (please take note,shops in Seoul tend to change to another in short period) 
There is an alley, turn right into that alley. Keep walking straight until you pass by 'padang sekolah'. Continue walking until you found GS25 Mart and 7-11 at cross junction. 
Turn left, walk a lil' bit and tadaaa... Gosami is there!



Inilah dia...Gosami Grilled Fish Restaurant..!! <see..patch back pain kat pinggang i..betapa gigihnya i jalan-jalan di Korea ni..


Pilihan seafood yang pelik-pelik...

Han Gang River Cruise - Ride a sightseeing boat on the Han River. View the sunset and night scenes of Seoul.

Direction; Yeouinaru Station 3 (Line 5), 5 min walk (Yeouido Wharf), Sincheon Station 7 (Line 2) 15 min walk (Jamsil Wharf)
Prior confirmation of departure time required.

Dah kenyang...kami bergerak ke Yeouinaru station untuk beli Evening Cruise ticket..hendak naik yang petang sebab ada Yeouido - Yeouido (dekat jambatan ada pertunjukkan air)..naik cruise dalam 60 minutes.
Regular: pukul 07:20pm & 09:50pm
#Han River Cruise (evening) - 22,000₩ per person

Tempat beli tiket Han River Cruise


Kepenatan yang melampau...huhuuu... :(

Kami pergi ke Namdaemun market lagi sebab tidak puas lagi shopping..lagi pun, ada barang yang hendak beli..aim nak beli kerongsang korea kat sini...should buy..memang murah lagi berbaloi..
》sourveniour - 105,000₩
》Korean Traditional Food (Ta-re) - 20,000₩
》Payung (hujan la plak) - 4,000₩



Tengah syokkk shopping...tak sedar yang jam sudah menunjukkan pukul 06:00pm..kami naik cruise pukul 07:00pm..sempat ke..kami start memecut..mengunakan tenaga sehabis mungkin...sampai je dekat jetty..cruise dah bergerak meninggalkan kami...waaa..memang sangat-sangat tertekan lagi kecewa..lewat 5 minit je..marah diri sendiri sebab I la..kami lambat..huwaa 😲


Dengan perasaan kecewa..kami terduduk keletihan..dan berjalan perlahan-lahan pergi meninggal jetty cruise..hujan semakin lebat..
*bila difikirkan balik..rugi juga naik cruise waktu ni..sebab hujan lebat.. (dalam hati-dengan harapan..tiket kami ni dapat tukar ke hari lain)
Balik ke guesthouse...badan sangat letih..pinggang macam hendak tercabut..kami memasak dekat guesthouse..makan lauk banyak sikit untuk tenaga esok hari.., chayook hani!!


Hehee..tak tahu guna periuk elektrik diaorang nih...canggih bebenor..hewhew..

Korea : Day 5 - DMZ Tour & NANTA Theather

Hi..:D

Kalau pergi Seoul...jangan lupa pergi sempadan North Korea, demiliterized zon..

Hari ini kami pergi belajar sejarah sikit pasal South Korea dengan North Korea..dah la sebulan before hendak fly ke Korea..kecoh kat tv yang North Korea hendak berperang..family I siap suruh burn je tiket flight tu..bahaya..tapi ini hari kami siap nak pergi sempadan negara lagi.. 

Pukul 08:30am kami dijemput dengan bus dekat jalan besar berdekatan BoA Guesthouse...dalam bus ni full..tour guide kami, Ms Seng Hwa...tour in English..sepanjang perjalanan dalam bus ni dia ada lah share sikit pasal sejarah antara 2 negara ini..menarik..tapi kalu dengar apa yang tour guide kami ni cerita..kesian sangat dekat rakyat North Korea (negara yang mengamalkan dasar negara tertutup)..cerita yang dia share..memang best-best..khusyuk I dengar..you all should join this trip if you come to Seoul..
#DMZ Tour - 41,000
per person

D.M.Z.(Demiliterized Zon)

D.M.Z. is the only divided country in the world. After the Korean War (June 25, 1950), and negotiated and then designated the DMZ [demilitarized zone] 2km away from the truce line on each side of the border. As one of the last relics of the Cold War, the DMZ attracts a great deal of public interest. DMZ tourist sites have been created to quench peoples’ curiosity on this unique area where tension and peace coincide. This is a very special tour destination in , which offers a real vivid eye-opening experience of the Korean War and a dramatic sense of the tragedy of the separated family members between the two from the division of the peninsula.

Package yang dia offer macam kat bawah ni;

Itenerary to DMZ tour;

Hotel Imjingak Park The of Bridge Freedom The 3rd Infiltration Tunnel DMZ Theater/Exhibition Hall Dora Observatory Dorasan Station Unification Village(pass by) Amethyst Factory / Ginseng Center Arrive at City Hall / Itaewon  

* Imjingak

This park was built to console the refugees who left North Korea during the Korean War. A train called “the Iron horse wants to run” symbolizes the railway connecting the north and the south that was dismantled during the war. Also, at the park are the following attractions; Mangbaedan, an altar set up for refugees to bow in the direction of their ancestral graveyards; Freedom bridge, which was built to free 12,773 prisoners in 1953; Unification pond, which is in the shape of the Korean Peninsula; and the Peace bell.








* The 3rd Tunnel

The 3rd Tunnel was discovered on October 17, 1978. It is located 52km from Seoul. Approximately 10,000 soldiers can move through this tunnel in 1 hour. When this tunnel was discovered, North Koreans insisted steadfastly that it was made by South Koreans to invade North Korea, but this proved to be false. It runs through bedrock at a depth of about 73 meters below ground. Capable of moving a full division per hour plus their weapons, it is evidently designed for a surprise attack on Seoul.





* Dora Observatory

Built in 1986, this is the only place in South Korea where you have a clear view of Geaseong city, the third biggest city in North Korea. You can observe two flags, a propaganda village, Geasung industrial complex, and one of the statues of Kim Il Sung.






* Dorasan station

Built in 2002 to reconnect Seoul and Sinuiju (kyoungui line), located in the civilian restriction line. The northernmost train station in South Korea which will be the first train station connecting to China, Siberia and Europe.







  Time: 08:00 ~14:30 Morning minimum Pax: 1
(Except Mondays, National Holidays)


Person to refer;
1) Rachel KIM
Seoul City Tour Co., LTD
R507 Hanaro Building, #194-4 Insadong, Jongno-gu, Seoul, Korea
TEL : (02) 774-3345, 8222 FAX : (02) 774-8223  
Our office hour is Monday 9:00 - Friday 18:00 Saturday 9:00 - 12:30
Price # 41,000 won

2) Travel Agency : VIP Travel
Phone : 82-2-739-3501
Email : vip@vviptravel.com
Website :  http://www.vviptravel.com 
Price # 46,000 won 


Itaewon Special Tourism Zone - A street in Seoul popular with foreign tourists consisting of various markets selling garjents, leather products, antiques, crafts, fur products and jewelry, as well as diverse entertaiment venues.

Direction; 
1) Noksapyeong Station 3 (Line 6)
2) Itaewon Station 1 (Line 6)

Itaewon street

Our DMZ tour done, kami drop off dekat Itaewon..ramai orang muslim kat area sini...kami nak try masakan halal kat Murree Restaurant yang orang selalu cerita kat dalam blog..tapi tidak seperti yang digambarkan..staff dia macam seorang je..dia lah yang ambil order..masak..bersihkan meja..soo..how do you all expect..mestilah lambat kan..tapi layanan dia baik lah..masakan dia biasa-biasa aje..ok-ok laa..janji kenyang..







Shopping sikit kat sini..ada cousin pesan belikan baju hardrock cafe kat Itaewon ni..tapi sudah closed kedainya..memang sudah tidak ada kedai hardrock cafe lagi dekat Itaewon..
**yana terjatuh handphone dia dekat sini..hehehe


Masjid kat Itaewon
Hasil pembelian di Itaewon


NANTA Theatre - Korea's Best No 1 Performance, NANTA!

Kami bergerak ke Myeongdong for our NANTA Performance...sepatutnya kami pilih show dekat Hongdae dekat sikit dengan guesthouse tapi mereka ada buat renovation..




Kalau pergi Korea...pleaseee..i suggest korang pergi lah tengok NANTA theatre..rugi sangat kalau tak tengok..memang show yang giler best..langsung tidak bosan..penuh dengan action & mengelikan hati..heee..ini from my review la..

Stage - NANTA Theater

Kami booking tiket kat Hongdae tapi kat sana tengah buat renovation la plak..so kami kena pergi ke Myeongdong...disebabkan itu, dapatlah kami tiket VIP..yang seatnya merah gitu..

Kami dapat seat VIP...yay!!!
NANTA ni buat show guna pisau and barang-barang dapur yang lain.. pastu mereka transformed kan ke musical instruments diselangi music-music yang haunting & heart - stirring. Yang paling bestnya mereka entertain performance ni dengan high energy, infectious rhythm & non-verbal humor...

Guyss!!! pleaseeee la tengok show niii...bestt..^^
Nak tahu jalan cerita dia macamana..ni synopsis dia..

An excellent cook, but the unmanly Head Chef, a very sexy, masculline sexy guy and the powerful, sassy, the only woman cook, hot sauce!
The three attractive, characteristic chefs start their day. Washing vegetable, carrying meat loafs, setting fire, cooks at NANTA kicthen is about to begin their busy job as always, then the ill-natured manager orders them to prepare 10 hour. Suddenly the kitchen is thrown into turmoil and the cooks become wild as they chop, beat and stir in an attempt to meet the deadline. The wedding ceremony is at 6 o'clock and it is at hand! Will the NANTA cooks complete the preparation on time??



para pelakon yang hebat...^^

Hmmmm..apa lagi...tengok lah show ni..boleh tengok kat Myeongdong, Chungjeongno, Hongdae and Jeju. 



Myeong Dong NANTA Theater


Location; Unesco Building 3F, 50-14, Myeong Dong 2 Ga, Jung Gu, Seoul

Time;    Mon - Fri, Sun & Holiday 17:00,20:00
                Sat 14:00,17:00,20:00





By Subway
 
By Bus

Chungjeongno NANTA Theater
Location; 476, Chungjeongno 3-ga, Seodaemungu, Seoul, Korea

Time;  17:00, 20:00 on Monday~Sunday & Holiday



By Subway

By Bus

Hongdae NANTA Theater

Location; Yellow Stone bldg. B2&B3, 357-4, Seokyo-Dong, Mapo-Gu, Seoul

Time;  ~ 30 Apr : Mon~Sun & Holidays

17:00PM, 20:00PM

May & Jun : Mon~Sun & Holidays 20:00PM

*Show schedule can be changed.


 
By Subway

By Bus

Hongdae Theater Notice!!!



Jeju NANTA Theater

Location; Jeju Media Center, 837-20, Ildo 2 dong, Jeju, Jeju

Time;  17:00 20:00 on Monday ~ Sunday & Holiday