Sunday 23 November 2014

Info : Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG41)


Hi adik-adik..,

Ada orang forward artikel ni kat saya, jadi saya pun saje je update kat sini..mana tahu ada sesiapa terbaca ke apa..

Jangan baca je..apply lah..saya pun teringin jugak nak jadi cikgu MARA ni..dulu saya pernah belajar kat MRSM Balik Pulau..cikgu nya best-best and hebat-hebat je..ada gak minat nak jadi tenaga pengajar..bakat dah ada..bersuara lantang dan jelas..jenis suara besor..

Jadi jangan berlengah-lengah lagi, cepat click link borang permohonan online yang kat bawah ni..terus je isi...x payah nak bertangguh-tangguh..nanti last minute baru la sibuk nak apply nya..hehehe..

Permohonan ini adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Bidang dan subjek yang ditawarkan:

- Bahasa Melayu
- Bimbingan dan Kaunseling
- Sains (Biologi, Fizik dan Kimia)
- Ekonomi
- Matematik
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Islam (Tahfiz)
- Media
- Pengurusan Perniagaan
- Perniagaan Antarabangsa
- Pendidikan Senireka/Visual
- Senireka Grafik
- Rekacipta
- Komputer Multimedia dan Animasi
- Geografi
- Sejarah/Sivik
- Perakaunan
- Undang-undang
- Internal Affairs Management
Borang Permohonan Online:
http://aplikasi.mara.gov.my/vacancy2/
Tarikh tutup permohonan pada 30 November 2014
Lokasi : Seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment