I ni dah lama planning nak pergi ke Korea gara-gara tengok drama & movie Korea..1st filem-My Sassy Girl & drama-The Successful Story of Bright Girl yg telah buat aku jatuh cinta dgn Korea ni..I ni category obses and addicted jugak la dengan drama-drama Korea ni..
Waktu zaman kolej dulu..I sanggup mengopek pintu bilik tv semata-mata nak tengok cerita Winter Sonata..I pinjam cd dari kawan..so tak cabar sangat nak tahu ending cerita tu macamana..dah la esok ada final..yes! memang I agak meroyan..end up nya..my pointer dari 3.50 drop ke 2.30..waaa..habis lah I kena bakoor dengan mak ayah I..xpe..xpe..I pandai bab-bab menyorokkan keputusan exam ni... (padahal kantoi..siap ayah suh berhenti belajar..pastu kerja jaga lembu kat ladang..hahaa..memang tak r..nak jaga lembu..)
Tips: untuk situasi begini...jangan cuba sekali anda melawan or nak back up diri ke apa..diam and angukkan kepala anda sahaja..ok..hee~
Kami start beli tiket flight Air Asia on 19 Sept 2012 utk penerbangan pd 15 May 2013 for 7 days..ni pun pukul 4 pagi beli..nekad tuh..dah credit card tak lepas sebab baru lepas shopping pinggan mangkuk kat Langkawi time tuh..pastu nasib baik la I punya kawan..punya kawan baik hati bagi guna..sebab dia nak points nya pasal..hehehehe..
Sebulan before fly, kami just senaraikan tempat2 yang kami nak pergi dan kami bahagikan tugas;
Aku
- uruskan penempatan & budget
Yana
- makanan & sediakan itenary di seoul
Aiin
& Mia - Jeju itenary
Itenary
kami sangat-sangat pack. Memang padat dan meletihkan tapi berbaloi lagi puas..hahaha
Selepas dah selesai itenary...kami
sediakan paper budget..search semua harga-harga tiket kat tempat yang kami nak pegi tu..
>> budget
Kami setuju tak nak stick kat satu guesthouse je. Kami pilih guesthouse berdekatan kat
tempat yg kami nak jalan-jalan ni...tak de lah buang masa sangat..tapi leceh nak packing & heret luggage ke next GH..
Bagi pendapat i la..kalau nak pegi travel ke Korea..better pergi sendiri-sendiri je..lagi mencabar & enjoy dari ambik package travel agency...sekadar orang lain yang sediakan semuanya untuk kita..memang nampak mudah..just bayar je..then follow je apa yang mereka dah plan untuk kita under mereka nya pack..tak mencabar sangatlah..!!
Why not..you all study sikit before pergi and then rasai sendiri..memang puas giler..lagi pun Korea negara maju..very friendly for tourists..brochures & maps ada merata-rata..very easy nak pergi mana-mana..trust me..!!
Lagi pun boleh je nak mintak pertolongan dari guesthouse kita untuk tolong booking kan apa-apa event yang korang nak pergi. They all ni very helpful & friendly.
Before we fly..\^o^/ |
No comments:
Post a Comment