Thursday, 1 January 2015

Krabi : Day 1 - Tiger Cave Temple & Elephant Trekking


Hi..!!

Untuk aktiviti hari ini..Uncle Sor bawak kami singgah ke Tiger Cave and Elephant Trekking dulu sebelum dia nak bawak kami ke Tipa Resort..
#Rent Van (transport) - 200 bath per person

Us ^_^ in Van..

Tiger Cave Temple

Ok..kat on the top of Tiger Cave ni ada tokong Buddha yang besar..memang gah giler..aku tak boleh nak imagine macamana diaorg boleh bina tangga ke hill top tu then bina tokong Buddha lagi..sangat kagum and agak insane bagi aku..


Untuk ke hill top..korang kena panjat bukit 1,237 anak tangga..kami ber6 cuba untuk panjat bukit ni, lagi 3 orang gayat nak naik..nak jugak tahu ada apa kat atas bukit tu..nak tengok view dari atas tuu..panjat punya panjat..makin lama kaki aku makin mengigil-gigil..badan aku dah rasa seram sejuk..mana tak nya..bukit ni curam giler..aku gayat..monyet banyak..buatnya monyet tu nak meroyan dengan aku..tak ke mati aku nanti nak bergaduh-gaduh dengan monyet kat tangga curam gitu..


Jangan sesekali bagi monyet makan kat sini..sekali ko bagi makan..then geng-geng dia yang lain datang serbu sekali...habis kita..bukit ni bukan sebarang bukit..bukit teramat curam tu..

Aku stop kat separuh bukit tu..kat situ ada pondok..Rajes dah selamat turun dah kat suku bukit tadi..aku lepaskan mereka berempat teruskan usaha..aku nak tunggu kat pondok tu..tunggu..lama aku tunggu..mereka tak turun..tetiba rasa seriau..aku pun turun la balik slow-slow..wahaa..

Hanya Diana, Menaga, Vanita & Ahnu yang berjaya menakluki bukit ini...salute r kat diaorang ni..memang stamina kuat giler and mereka memang nekad nak sampai ke atas..aku tak bayangkan kaki diaorg rasa macamana..aku yang mendaki separuh bukit pun rasa mengigil-gigil yang tak berhenti..hehehe..tapi ada rasa kepuasan bila berjaya sampai ke puncak nya..



View from the hill top..!! Really great view..!!

Patung Buddha on the top of hill..^^

Ok..Uncle Sor dah gelisah dah tunggu budak-budak ni tak turun-turun..risau la jugak kan..semuanya anak gadis tu..kalu jadi pape, dia pulak yang bertanggungjawab..pastu masa dah suntuk dah..jam dah pukul 530pm..takut tak sempat untuk ke elephant trekking..

Tengah menunggu 4 dewi Tiger Cave turun..

Kami bergerak menuju ke elephant trekking pulak..tak jauh dari Tiger Cave Temple..

Elephant Trekking

Sampai sini dah pukul 6pm..sepatutnya dah tutup..after Uncle Sor cakap-cakap sikit then mereka ok untuk riding..yela dah lewat..

Ok..kami dah excited ni nak riding elephants ni..kami start pilih gajah yang kami nak..aku dengan Diana pilih gajah namanya Sin..yang bawak gajah ni orang panggil mahud..mahud bawak kami pusing-pusing kebun...panjat bukit..lalu kawasan selut yang dalam..waaa..aku agak rasa takut sangat..kalu kami jatuh macamana..tapi bila kat tanah rata..ok je..seronok..sangat mencabar..aku sempat beli loket dari gigi anak gajah kat sini..si mahud Sin tu jual..
#Elephant Trekking - 500 bath per person

Me..Diana..Mahud riding Sin..!! 
Love you my sweetie cousin..Diana..^^
Kawasan yang dilalui..
Baru lepas turun bukit..
Hoooo toh dia..!! separuh kaki gajah dalam selut..!!

After riding..kami bagi gajah kami makan pulak..kami bagi makan pisang..pisang ni kena beli dari mahud..pastu mereka ada jugak tangkap gambar kami atas gajah masa kat kebun tadi untuk dijual..aku beli je..untuk kenangan.. 
#Pisang - 20 bath

Us =)

Bagi Sin makan pisang..^^

Kami berangkat ke tempat penginapan kami di Krabi Tipa Resort, Ao Nang..

Masa check in tu..kami dah busy nak booking untuk massage dah..mestilah..penat ok panjat bukit tadi..kami ambik Aromatherapy Massage...nak santai sikit..kalu ambik Thai Massage..habis badan-badan kita dilipatnya..
#Aromatherapy Massage - 400 bath for 1 hour



Waiting for check in..

Our room..!!

After massage..kami makan Shrimp Fried Rice bungkus yang Nini & Kak Sai belikan..sebab kami yang last dapat urut..so mereka tolong belikan..sedap sangat..terlalu lapar..
#Shrimp Fried Rice - 50 bath

Aku dengan Diana pergi round Ao Nang street..survey for the Island hopping package for tomorrow activities...kami dapat budget trip ke four island tour..include makan sekali..
#Four Island Tour - $400 bath per person (package including food)

Tak sabar rasanya nak tunggu esok...!!

No comments:

Post a Comment