Saturday, 10 January 2015

Pengalaman : Tempoh Melahirkan Baby Adam


Hi..^^

Hari ini aku nak bercerita pengalaman aku masa nak melahirkan si Adam ni..

Kandungan aku dah melepasi due date..sepatutnya due aku 25hb june 2014..tapi 25hb tu aku pergi check up..doktor cakap still tak de laluan lagi..baby langsung tak engaged..katanya..berdasarkan dari pengalaman dia bekerja..aku ni akan susah nak beranak nanti..masa dia cakap tu..mata aku dah start bergenang..aku jadi takut..hmmmm...sedihnya.. 

Doktor nak aku check in ward malam tu jugak pastu induce..maknanya aku kena push baby aku ni keluar..doktor advice aku supaya tak delay lagi..sebab baby dah matang and dia takut baby ni akan membesar lagi.. 

Tapi aku mintak delay jugak..bagi aku masa, aku tak nak push baby ni keluar..biar baby ni keluar secara sukarela..after discuss..doktor bagi tempoh 3 hari je..malam sebelum 1 Ramadhan aku kena check in...ok deal..!! pastu doktor bagi aku MC 3 hari..aku kena lebih banyak exercise lagi ni..

Alhamdulillah dari awal tahun 2014 sampai ke due date pregnancy aku..aku tak de ambik MC lagi.. 

Keesokkan harinya..aku pergi ke KLCC naik LRT kat Putra Gombak dalam pukul 10am...pastu aku round-round dalam KLCC tu window shopping..geram je nak beli..tapi nanti susah pulak aku nak bimbit bawak balik.. 

Pukul 530pm..aku balik..plan nak round kat area Tasik Taman Gombak pulak..ni aktiviti aku setiap petang..tu pun start exercise kat situ selepas kandungan aku berusia 38 minggu..hehehe 

Malam tu aku lepak-lepak kat rumah mak mertua aku..melantak makan udang & tea tarik..pastu dalam tu sibuk mesej dengan kakak ipar, Kak Yanti...plan nak pergi Sogo pulak esok..Sogo ada buat Members Sale..!! Aku nak beli baby car seat.. 

Sebelum tidur..kawan opis advice tak payah pergi Sogo..dibuatnya terberanak kat Sogo tu..tak ke nanti anak nama Ahmad Sogo pulak... 

Dalam pukul 230am..aku stat tak selesa nak tidur..perut memulas macam nak datang period gitu..tak sakit sangat tapi rasa lah tak selesanya..pukul 430am..aku bagi tahu laki aku yang perut aku rasa tak selesa..dia pun sibuk jugak nak bagi tahu yang dia pun sakit perut jugak..katanya..maybe sebab kami minum air tea tarik malam tadi..  Dia lupa ke yang bini dia ni tengah sarat..aiyoo!! 

Aku mesej Kak Yanti yang aku tak dapat pergi ke Sogo sebab sakit perut..laki aku nak pergi keje and dia suruh aku bersiap jugak sebab nak hantar ke rumah mak mertua..mentang-mentang lah dia tengok aku macam ok je so dia tak ambik serius..workaholic betul..aishhh..sebab dia ingat kalau nak bersalin..orang tu nak berdiri pun tak boleh.. 

Aku masuk toilet pastu ada darah keluar dah..ok salah satu tanda..sakit macam period tu dah datang makin kerap..kami bersiap untuk ke hospital..aku sempat lagi berbedak dengan bergincunya..tak de motif langsung..!! Hahaha.. 

Perjalanan dari Batu Caves ke Sg Buloh..Hospital Putra Medical Centre ambil masa dalam setengah jam..pukul 730am aku sampai and nurse mintak aku buat CGA dulu..dia nak tengok tahap contraction aku..

PMC

Pukul 8am aku jumpa Dr Ratna..dia check..bukaan aku dah 4cm..pastu dia cakap aku akan bersalin hari tu jugak..lepas aku cakap ok..then dia pecahkan air ketuban..rupanya baby aku dah berak..aigooo..bahayanya..!! Nasib baik baby tak sempat makan lagi..hewhew..T_T

Aku dibawa ke ward dengan wheelchair..mulanya aku menolak sebab masih larat lagi nak jalan tapi nasib baik la aku naik je..air ketuban aku keluar setiap kali berlaku kontraksi..kalau aku berjalan tadi..mesti habis lecun lantai hospital tu..hahaha..^^ 

Single room dah full..aku di tempatkan kat bilik yang 3 bedded share dengan uncle cina ni..mesti dia pasrah je duk dengan aku yang mengeran kesakitan sepanjang kontraksi tu..yang tak selesanya bila nurse cucuk ubat sabun julat kasi dalam perut kita clean & clear..pastu letak tiub kencing...eeee..memang tak selesa..!!

Aku tak sempat nak bersarapan..hospital ada bagi sandwish & pisang..laki aku duk sumbat pisang sikit-sikit and bagi minum air Milo supaya aku ada tenaga sikit nak meneran nanti..waaa..tempoh menahan sakit kontraksi ni memang menyakitkan..tapi aku hanya fikir yang sakit ini akan berakhir juga..just sabar menahan kesakitan..tarik nafas panjang..time ni aku teringat aku cara aku bernafas masa bersnokeling kat Redang hari tu..hehehe..mengucap banyak-banyak dari kita duk sebut sakit..sakit..

Bila bukaan dah 8cm..aku dimasukkan ke labour room..masa ni kontraksi semakin kerap dan sangatlah sakit..setiap tu jugak air ketuban keluar..boleh tak aku ingat aku dah terberak sebab sakit sangat..pastu siap panggil nurse..cakap..sori saya dah terberak..hahaha..nurse cakap tu air ketuban..

Sepanjang menghadapi kontraksi tu..aku genggam kuat tangan laki aku..patutnya aku tarik je rambut dia sebab buat aku jadi macam ni..biar dia rasa sakit sekali dengan kita..

Masa kat labour room tu ada nurse ajar cara nak meneran..dia bagitahu semasa meneran tu kena sekali nafas je..tarik nafas panjang-panjang dah teran sepenuh tenaga..ok noted with thanks..!!

Bila bukaan dah 10cm betul..doktor dengan nurse sama-sama cakap pushhh...aku pun sepenuh tenaga dan dengan sekali nafas aku terannnn..ok baby tak lepas lagi..doktor suruh kuat lagi..masa tu aku sempat suruh laki aku bantu aku dengan tolak belakang aku supaya perut aku macam tekan untuk baby keluar...tapi doktor cakap..tak ada kena mengena dengan laki aku...semuanya bergantung kat aku...hahahaa..malu kejap..

Sekali lagi masa contraction tu datang..mereka cakap push kuat-kuat..aku pushhh sampai berdesing telinga aku..dalam otak aku duk pikir pesanan mak aku..'jangan sesekali bagi doktor vacuum baby!..push sepenuh tenaga'..hehehe..even doktor buat episiotomi pun tak rasa sesakit kontraksi..!

Akhirnya genap jam 13:14 hari Jumaat..Yes!!! Adam dah berjaya keluar..!! Waaa..leganya..^^

Welcome to the new world my baby boy, Adam Harith Bin Hirzi..!!

Doktor suruh laki aku potongkan tali pusat baby..pastu nurse bersihkan baby..doktor pulak sibuk nak keluarkan uri..aku nampak samar-samar je sebab aku tak pakai spek..rabun aku kuat..pastu terus gelap pandangan aku..hehehe..tertidur ke or pengsan terus...hahaha..

Alhamdullilah syukur Ya Allah kerana mempermudahkan tempoh aku bersalin..


No comments:

Post a Comment