Saturday, 14 February 2015

Europe : 4D3N in London


Hi...^^

Kat London kami stay kat rumah MARA..ada 2 bilik kat bawah..kat ruang atas ada dapur, ruang tengok tv and ruang makan..agak selesa..

Depan rumah MARA..^^




Kalau kat Malaysia kita pakai RapidKL card kan untuk naik train, kat London ni pakai Oyster card. 
Oyster card deposit - $5.00
Topup amount - $55.00

Kalau ada lebihan balance nanti boleh dapatkan refund balik dekat kaunter London Underground station nanti. Kami punya lebihan balance $25.00 include deposit. Kami tukar dekat kaunter Kings Cross sebelum kami ke Shieffield. Anything boleh refer kat www.tfl.gov.uk/oyster.


Day 1: Big Bus Tour London 

Adult : 22.50£ per person
Package includes;
1) 2nd day free
2) Live commentary & language tour
3) Free river cruise
4) Free walking tours


Big Bus Tours : Marble Arch 4/30 or Backer Street stand 5
Tel : 020 7976 6753
Fax : 020 7828 0638
Email : info@bigbustours.com

For more detail click here http://eng.bigbustours.com/london/home.html









Kami start naik big bus kat Gloucester Road pastu turun kat Notting Hill Gate jalan-jalan kat Portobello Road Market. Kat sini banyak jual barang antik. Menarik. Pasar dia agak besar & meriah. Aku beli key chain dengan freeze magnet kat sini. Untuk warming up..tak tahu lagi apa yang best untuk dibeli.
#Key Chain + Freeze Magnet - 20 biji = £19 

Kat Portobello Road..

Kami naik train kat Pad Broke pastu turun kat Paddington then naik big bus tour lagi. Round tengok bandar London. Kami turun kat Tower of London. Ingatkan menara tinggi..rupanya bangunan sejarah & dijadikan penjara. Nak masuk kena bayar. 




Kat sini kami naik river cruise menikmati pemandangan di waktu senja. Aku duduk kat luar tapi sejuk giler. Musim winter kan. Kami turun kat Westminster Pier then balik rumah singgah kat Tesco jap. Aku beli buah blueberries & strawberries. 
#Blueberries & Strawberries - £9.80





Big Ben^^



Kami masak kat rumah je. Aku tidur lama giler sebab jetlag lagi. Bangun2 je dah pagi. Hahahha. Musim winter siang sekejap je.



Day 2: Big Bis Tour
After breakfast kami keluar rumah dalam pukul 930am. Naik bas kat Gloucester Road turun kat Marble Arch.




Jalan-jalan kat Oxford Street. Kat sini banyak kedai yang best-best untuk shopping. Banyak kedai aku masuk tapi macam biasa..aku duk beli key chain dengan freeze magnet je untuk souvenior kawan-kawan. Suami aku beli kasut sukan kat Sport Direct. Murah.
#Key Chain + Freeze Magnet - 12 biji = £10 
#Adidas Sport Shoe = £12.80 

Kesian kat ayah mertua aku..dia jatuh kat escalator.






Kami berjalan jauh jugak nak kejar free walking tours nya pasal. Nak tengok the famous 'changing the guard' ceremony, pastu nak discover movie location - Harry Potter films.

Walking Tours:
10:20am - Royal London Walk
1:30pm - Harry Potter Location Walk
17:00 Oct & Mar / 16:30 Nov to Feb - Ghosts by Gaslight

Kami sambung naik big bus tour kat Oxford Circus. Round London city sampai aku tertidur atas bas tu. Kami turun kat Burkingham Palace. Bergambar sekejap. Cuaca makin gelap sebab nak hujan. Sangat sejukkkkk!.

Burkingham Palace^^




Kami naik train dari Victoria station then turun kat Bayswater. Shopping lagi untuk sourveniour. Kalau nak cari sourveniour kat London..sila pergi ke Bayswater. Kat sini murah!.
#Plate Perhiasan - £7.99
#T-shirt London - £6.99 sehelai 
#Key Chain + Freeze Magnet - 20 biji = £10 
#Handbag Kain - £6

Haaa...kedai yang inilah..recommended kalau nak beli sourveniour!!



Murahkan kalau nak compare price kat tempat sebelum ni. Kalau nak lagi murah, belilah kat kedai India depan Bayswater station sebelah kiri. Boleh negotiate. 
Kami beli barang dapur kat Oriental Supermarket. Kat sini ada jual barang masakan untuk orang Asia. 


Day 3: Round London City 

Hari ke 3, kami keluar pukul 930am dari Gloucester -> Knightsbridge untuk pergi Harrods.

Kat sini kami jumpa Kak Rohani, dia dah stayed kat London hampir 6 tahun. Lamanya. Siap buat bisnes homestay tu. Hari ni, Harrods ada buat sales..so ada ramai yang menunggu nak serbu masuk. Aku tak pernah beli barang Harrods ni tapi kawan2 cakap kalau pergi london singgah la Harrods. Rugi katanya kalau tak singgah. Kat sini aku beli 3 beg Harrods.
#Beg Harrods - $29.95 sebiji

Bergambar dengan Kak Rohani depan Harrods


Kami meneruskan perjalanan ke Thalfagar Square, turun dekat Charing Cross metrostation. Kami menikmati hot chocolate + sandwich sebelum memulakan operasi berjalan. Masuk ke Natinal Gallery tengok galeri lukisan.

Bersantai jap kat Thalfagar Square






Ayah & Mak Mertua aku dah penat, diaorg nak balik rumah berehat. Aku dengan Hirzi meneruskan perjalanan untuk hari terakhir kami di Kota London. Kami berjalan merentasi Westminster Bridge.










London Aquarium

The London Dungeon - The Home of Halloween, the best place in London. Fear is a funny things - 18 horrors stories inside.
Boleh book dekat www.thedungeons.com/london or call 08714232240.

London Dungeon
The London Eye - closed for temporary - under construction 




Dah puas bergambar & sightseeing kat sini. Kami merentasi Golden Jubilee Bridge. Kat sini ada few penyanyi jalanan mencari rezeki. Sangat kagum sebab berdiri sambil menyanyi dalam cuaca yang sangat sejuk. Cool~


Nasib baik Hirzi ni ikut je aku nak pergi mana2 sebab dia yakin kami tak kan sesat sebab aku pandai tengok aliran train. Patutnya waktu ni r aku buli dia sikit. Kasi dia takut sikit. Pura2 menyorok ke. Mesti dia cuak sambil nangis2 ketakutan. Bahaa!!


Kami naik train turun kat South Kensington. Aku nak jalan-jalan kat Science & Natural History Museums. Diaorg nya museum kalau masuk tak payah bayar pun. Dah besar giler + sangat menarik + bahan pameran yang banyak. Ni baru betul museum. Ikutkan nak pergi ke Royal Albert Hall..tempat Siti Nurhaliza pernah buat show dulu tapi perut dah sangat lapar and suhu makin sejuk. Kami mengalah dan bergerak balik.





Esok kami dah kena bertolak ke Shieffield lak. Berehat setelah sehari suntuk kami berjalan.

Bertolak untuk ke Shieffield lak..

Kami naik train ke Shieffield dekat Kings Cross station. Untuk Kings Cross kami sewa teksi sebab luggage berat kalau nak naik train. Lama jugak kami tunggu kat station. Kat station ni ada kedai Harry Potter and tempat Harry Potter & kawan2 dia nak ke dunia magic diaorg melalui wall tu.







Bye-bye London city....\(^_^)/



Friday, 13 February 2015

Family Trip: 12D11N in Europe

Hi..^^

Kali ni aku pergi travel ke Europe dengan keluarga mertua..kebetulan adik ipar aku yang belajar kat UK ada konvokesyen..so aku dengan laki aku join sekali la pergi jalan-jalan..trip kali ni dibiayai sepenuhnya dari suami tersayang...ahakkss..^^




Masa ni aku mengandung 4 bulan..pada mulanya macam takut jugak nak pergi sebab perjalanan dia jauh & mengambil masa yang lama dalam flight..lagi pun anak pertama..risau jugak anything happen..aku ada mintak advice dari doktor..dia kata ok je nak pergi pun..cuma kurangkan aktiviti lasak la sikit..jalan jangan banyak sangat..ok doktor..noted with thanks!!

Kami pergi 12 hari..cover London, Arstemdam and Paris..

London - 3D2N
Sheffield, London - 4D3N
Arstemdam - 3D2N
Paris - 3D2N

Kami naik transit flight..murah la sikit tiket flight..masa pergi transit kat Abu Dhabi..balik lak transit kat Doha..

Pergi :  KL - Abu Dhabi - London
Balik :  Paris - Doha - KL



Tempoh perjalanan dalam 14 jam..memang sangat memenatkan..nasib baik ada banyak movie yang best-best..aku sempat tengok movie 'Diana' and 'The Conjuring'..pastu aku tidur je sampai Heathrow airport..bangun pun untuk makan je..

Kat Heathrow airport, En Wahab and adik ipar datang jemput kami..leganya sampai..penat kot duduk je dalam flight...jetlag jap...hahhahaa

Safely arrived at Heathrow airport, London^^

Breakfast nasi lemak kat rumah Pengarah MARA London..marvellous!!!

Kami dan tuan rumah...tq for the hospitality^^


Kami tak pergi dengan travel agent..so nanti kami travel secara sendiri-sendiri je..aku pulak tak study pun pasal trip ni sebab aku serahkan sebulatnya kat suami and adik ipar aku...

Tapi tak perlu risau..kat Europe ni..kemudahan pengangkutan awam dia sangat hebat..memang senang kita nak pergi mana-mana..brochures pun banyak kat station metro or kat pusat penerangan..laluan train memang agak memeningkan tapi bila kita dah faham line train tu macamana..confirm korang akan berani je nak pergi mana-mana..

Aku yang tak study pape pun nak pergi Europe ni boleh explore tempat-tempat yang best tanpa bantuan adik ipar aku..sebab kaki ayah mertua aku tak berapa nak ok..kalau jalan jauh nanti sakit la dia..so mereka akan balik ke hotel..aku dengan suami teruskan perjalanan..

Thanks a lot to En Suami kerana sudi bawa isteri kamu yang baik hati ni jalan-jalan ke Europe...sayang kamu!!! Bawak la saya jalan2 lagi^^


Friday, 6 February 2015

Info : Bukan Senang Nak Beli Rumah!

Hi...^^

Sudah lama kami mencari-cari rumah untuk di diami..rumah yang sekarang ni rumah ayah mertua yang punya..kami sewa..nak la ada rumah sendiri..boleh decorate sesuka hati kita..kami nak rumah landed sebagai rumah idaman kami..selesa lah sikit..nak pakai lama kan..

Aku dan suami  kerja kat pusat bandaraya KL..kami nak cari rumah yang berdekatan dengan tempat kerja kami dan ada sedikit privasi..tapi area KL memang tak de harapan la nak beli rumah landed..harga nya mencecah hampir jutaan ringgit..tak mampu..T_T

Kami pergi luar KL..macam Gombak, Bangi dan kawasan berdekatan dengan nya..kalau rumah baru susah dah nak dapat harga $500k ke bawah..mungkin ada tapi kena hebatlah mencari..masalah nya kami ni memang tak rajin nak mencari..kalau ada rumah atas angin banyaklah..tapi sekarang pun dah duduk rumah tinggi..nak la landed lak..hewhew

Aku ada ternampak brochure project perumahan baru dekat Rawang..katanya 18 minit ke KL..ikut Latar highway..waaaaa  biar betul..!! macam tipu je...rasanya Rawang tu agak jauh..

Ok aku dah agak terpengaruh dengan brochuce tu..aku paksa laki aku pergi tengok..bila dah pergi tengok..confirm la akan terpengaruh dengan kata-kata manis dari agent sebab mereka kata..tak kan dapat dah harga macam tu..unit pun limited..fasa lain dah sold out..lastnya bayar booking RM500..harga rumah tu RM479k untuk bumiputera..

Dalam tempoh nak buat loan dengan bank..kami banyak buat hitung kira..berbaloi tak beli rumah kat Rawang ni..aku tanya pendapat kawan-kawan aku yang kerja bahagian sales and housing loan processing..mereka buat aku berfikir dengan lebih terbuka..

Diaorg tanya aku yang rumah tu untuk stay atau invest? nak tak duk jauh? atau just nak invest je? kalo nak invest? boleh bagi return tak? ada orang nak sewa tak?

Apa tujuan beli? Kalau diaorg..diaorg tak nak sebab jauh and return investment tak sure sebab jauh..
Memang sangat buang tenaga dan masa..kalau aku pilih untuk menetap kat situ..yelah..nak ulang alik pergi kerja setiap hari..pukul berapa aku kena keluar dari rumah..pukul nak sampai rumah after balik kerja..dah lah aku ni liat sikit nak bangun pagi..kerja pun selalu kena stay back..

Semua orang nak stay rumah landed... cuma tak ada rumah yang kita nak.. kalau tak beli sekarang..akan datang akan jadi lagi mahal... baik beli untuk investment better dari stay..duduk je dulu rumah sekarang.. if beli rumah stay dan kena bayar installment sampai RM2300... baik beli dan sewakan..

Lagi pun kena bayar deposit lagi.. mana nak korek duit deposit.. sebab tu lah.. kena buat investment dulu.. bila kita dah sangat stable. baru jual property yang kita invest dan beli rumah idaman...sekarang cari for investment yang tak payah keluarkan duit langsung.. Good loan is give return mcm rumah kedai...Ni nasihat budak-budak sales kat aku...

Jadinya, kami tak jadi nak beli rumah kat Saujana Rawang tu..kami kena tabahkan hati untuk melepaskan rumah tu..dalam kepala duk fikir-fikir..betul ke keputusan aku ni..

Kami ada nampak iklan kat majalah..apartment 1Harmonis kat Gombak..tanah rezab melayu..macam menarik...starting price from RM440k..kami telefon buat temujanji nak pergi ke office sales diaorg esok..

Aku dan suami pergi ke office sales kat Melawati Square..macam biasalah..bila agent tu explain kasi gempak sikit..kami pun terpengaruh lagi...ya lah..orang tengah terdesak nak cari rumah..kalau lambat-lambat nanti once GST dah implement..harga rumah akan naik...spekulasi begini yang membuatkan pemaju berani naikkan harga rumah...lagi pun demand tinggi...pemaju letak harga tinggi setingginya pun..tetap ada pembeli nya...

Ok kami dah bayar deposit RM3k..rumah yang price RM440k tu dah habis..yang buat kami beli sebab sebelah project ni ada project perumahan Ayuman...price starting dia rasanya dalam RM600k plus...tapi yang tak best nya rumah yang kami nak beli ni..parking hanya available 1 je..pastu project ni abandoned dulu sebab pemaju ye bankrupt..dari tahun 1995 kot...sekarang pemaju dari Stable Growth take over..

Hmmmm...betul ke dengan keputusan kami ni nak beli apartment yang harganya half million ni...berbaloi tak...???? kata tanah rezab melayu tapi harga mahal..half million kot..tetiba rasa macam tak berbaloi..

Buntu jap...T_T