Saturday 14 February 2015

Europe : 4D3N in London


Hi...^^

Kat London kami stay kat rumah MARA..ada 2 bilik kat bawah..kat ruang atas ada dapur, ruang tengok tv and ruang makan..agak selesa..

Depan rumah MARA..^^




Kalau kat Malaysia kita pakai RapidKL card kan untuk naik train, kat London ni pakai Oyster card. 
Oyster card deposit - $5.00
Topup amount - $55.00

Kalau ada lebihan balance nanti boleh dapatkan refund balik dekat kaunter London Underground station nanti. Kami punya lebihan balance $25.00 include deposit. Kami tukar dekat kaunter Kings Cross sebelum kami ke Shieffield. Anything boleh refer kat www.tfl.gov.uk/oyster.


Day 1: Big Bus Tour London 

Adult : 22.50£ per person
Package includes;
1) 2nd day free
2) Live commentary & language tour
3) Free river cruise
4) Free walking tours


Big Bus Tours : Marble Arch 4/30 or Backer Street stand 5
Tel : 020 7976 6753
Fax : 020 7828 0638
Email : info@bigbustours.com

For more detail click here http://eng.bigbustours.com/london/home.html









Kami start naik big bus kat Gloucester Road pastu turun kat Notting Hill Gate jalan-jalan kat Portobello Road Market. Kat sini banyak jual barang antik. Menarik. Pasar dia agak besar & meriah. Aku beli key chain dengan freeze magnet kat sini. Untuk warming up..tak tahu lagi apa yang best untuk dibeli.
#Key Chain + Freeze Magnet - 20 biji = £19 

Kat Portobello Road..

Kami naik train kat Pad Broke pastu turun kat Paddington then naik big bus tour lagi. Round tengok bandar London. Kami turun kat Tower of London. Ingatkan menara tinggi..rupanya bangunan sejarah & dijadikan penjara. Nak masuk kena bayar. 




Kat sini kami naik river cruise menikmati pemandangan di waktu senja. Aku duduk kat luar tapi sejuk giler. Musim winter kan. Kami turun kat Westminster Pier then balik rumah singgah kat Tesco jap. Aku beli buah blueberries & strawberries. 
#Blueberries & Strawberries - £9.80





Big Ben^^



Kami masak kat rumah je. Aku tidur lama giler sebab jetlag lagi. Bangun2 je dah pagi. Hahahha. Musim winter siang sekejap je.



Day 2: Big Bis Tour
After breakfast kami keluar rumah dalam pukul 930am. Naik bas kat Gloucester Road turun kat Marble Arch.




Jalan-jalan kat Oxford Street. Kat sini banyak kedai yang best-best untuk shopping. Banyak kedai aku masuk tapi macam biasa..aku duk beli key chain dengan freeze magnet je untuk souvenior kawan-kawan. Suami aku beli kasut sukan kat Sport Direct. Murah.
#Key Chain + Freeze Magnet - 12 biji = £10 
#Adidas Sport Shoe = £12.80 

Kesian kat ayah mertua aku..dia jatuh kat escalator.






Kami berjalan jauh jugak nak kejar free walking tours nya pasal. Nak tengok the famous 'changing the guard' ceremony, pastu nak discover movie location - Harry Potter films.

Walking Tours:
10:20am - Royal London Walk
1:30pm - Harry Potter Location Walk
17:00 Oct & Mar / 16:30 Nov to Feb - Ghosts by Gaslight

Kami sambung naik big bus tour kat Oxford Circus. Round London city sampai aku tertidur atas bas tu. Kami turun kat Burkingham Palace. Bergambar sekejap. Cuaca makin gelap sebab nak hujan. Sangat sejukkkkk!.

Burkingham Palace^^




Kami naik train dari Victoria station then turun kat Bayswater. Shopping lagi untuk sourveniour. Kalau nak cari sourveniour kat London..sila pergi ke Bayswater. Kat sini murah!.
#Plate Perhiasan - £7.99
#T-shirt London - £6.99 sehelai 
#Key Chain + Freeze Magnet - 20 biji = £10 
#Handbag Kain - £6

Haaa...kedai yang inilah..recommended kalau nak beli sourveniour!!



Murahkan kalau nak compare price kat tempat sebelum ni. Kalau nak lagi murah, belilah kat kedai India depan Bayswater station sebelah kiri. Boleh negotiate. 
Kami beli barang dapur kat Oriental Supermarket. Kat sini ada jual barang masakan untuk orang Asia. 


Day 3: Round London City 

Hari ke 3, kami keluar pukul 930am dari Gloucester -> Knightsbridge untuk pergi Harrods.

Kat sini kami jumpa Kak Rohani, dia dah stayed kat London hampir 6 tahun. Lamanya. Siap buat bisnes homestay tu. Hari ni, Harrods ada buat sales..so ada ramai yang menunggu nak serbu masuk. Aku tak pernah beli barang Harrods ni tapi kawan2 cakap kalau pergi london singgah la Harrods. Rugi katanya kalau tak singgah. Kat sini aku beli 3 beg Harrods.
#Beg Harrods - $29.95 sebiji

Bergambar dengan Kak Rohani depan Harrods


Kami meneruskan perjalanan ke Thalfagar Square, turun dekat Charing Cross metrostation. Kami menikmati hot chocolate + sandwich sebelum memulakan operasi berjalan. Masuk ke Natinal Gallery tengok galeri lukisan.

Bersantai jap kat Thalfagar Square






Ayah & Mak Mertua aku dah penat, diaorg nak balik rumah berehat. Aku dengan Hirzi meneruskan perjalanan untuk hari terakhir kami di Kota London. Kami berjalan merentasi Westminster Bridge.










London Aquarium

The London Dungeon - The Home of Halloween, the best place in London. Fear is a funny things - 18 horrors stories inside.
Boleh book dekat www.thedungeons.com/london or call 08714232240.

London Dungeon
The London Eye - closed for temporary - under construction 




Dah puas bergambar & sightseeing kat sini. Kami merentasi Golden Jubilee Bridge. Kat sini ada few penyanyi jalanan mencari rezeki. Sangat kagum sebab berdiri sambil menyanyi dalam cuaca yang sangat sejuk. Cool~


Nasib baik Hirzi ni ikut je aku nak pergi mana2 sebab dia yakin kami tak kan sesat sebab aku pandai tengok aliran train. Patutnya waktu ni r aku buli dia sikit. Kasi dia takut sikit. Pura2 menyorok ke. Mesti dia cuak sambil nangis2 ketakutan. Bahaa!!


Kami naik train turun kat South Kensington. Aku nak jalan-jalan kat Science & Natural History Museums. Diaorg nya museum kalau masuk tak payah bayar pun. Dah besar giler + sangat menarik + bahan pameran yang banyak. Ni baru betul museum. Ikutkan nak pergi ke Royal Albert Hall..tempat Siti Nurhaliza pernah buat show dulu tapi perut dah sangat lapar and suhu makin sejuk. Kami mengalah dan bergerak balik.





Esok kami dah kena bertolak ke Shieffield lak. Berehat setelah sehari suntuk kami berjalan.

Bertolak untuk ke Shieffield lak..

Kami naik train ke Shieffield dekat Kings Cross station. Untuk Kings Cross kami sewa teksi sebab luggage berat kalau nak naik train. Lama jugak kami tunggu kat station. Kat station ni ada kedai Harry Potter and tempat Harry Potter & kawan2 dia nak ke dunia magic diaorg melalui wall tu.







Bye-bye London city....\(^_^)/



1 comment:

  1. Hi sis,

    boleh bagitahu macamana nak book rumah mara tu..
    email me nurulaizanhusin@gmail.com

    thanks :)

    ReplyDelete