Saturday 28 February 2015

Europe: 3D2N in Paris


Hello..

Day 1: Safely arrived in Paris

Kami pergi ke Paris naik train Thalys dari Arstemdam, perjalanan makan masa dalam 4 jam.
Kami beli tiket ni kat web Rail Europe UK: train tickets to France and Europe, tengok lah kat Voyages-SNCF.com. Korang click je kat link ni http://uk.voyages-sncf.com/en/




Sampai je kat Metro station Gare du Nord, kami beli tiket train round Paris untuk 1 hari besok. Senang. Tak payah lah setiap kali nak naik train baru nak beli tiket. Leceh lagi lambat.
#Metro station - ??

Kat Paris kami booking hotel yang dekat dengan Gare du Nord Metro station. Kami heret je luggage ke hotel tu. Dalam 10 minit sampai. Hotel 2 star je tapi ok lah not bad..senang sikit kat tengah bandar. Kami booking hotel ni melalui booking.com, kalau nak booking hotel kat Paris, survey lah kat sini http://www.booking.com/city/fr/paris.en-gb.html


Hari ni kami jalan-jalan di sekitar hotel kami je. Banyak kedai yang dah tutup.

Aku ambik banyak brochures kat counter hotel. Study sikit pasal train nya line. Esok senang. Suami aku ada tanya nak pergi ke Disneyland tak besok. Kalau pergi mesti 1 hari habis dalam Disneyland je. Aku nak round tempat-tempat yang patut aku round di kota Paris ni. Rugi r kalau tak pergi kat places you should visit when in Paris..heheee~


Day 2: Round Paris city

Hari ni hari last untuk kami nya travel log. Esok sudah mau balik. So, aku kena all out habis lah hari ni. Ok breakfast dulu then kami menuju ke tempat-tempat yang menarik mengikut line train.

Mula-mula kami naik tren kat Gare du Nord Metro (RER) pastu turun kat Hotel De Ville. Kat sini kami jalan-jalan tengok Sainte Chapelle. Jalan lagi sampai la ke Notre Dame.


Kat sekitar Notre Dame ni banyak jugak kedai jual souveniour. Nak beli kat sini pun ok. Ada certain kedai boleh kurangkan harga. Aku beli kat kedai India, katanya dia ada saudara kat Malaysia. Dia bagi harga discount sikit kat kami.


Kami teruskan perjalanan ke Musee Du Lourve. Yang segitiga berkaca tu. Pastu akan melalui taman yang luas. Sepanjang jalan tu tak berhenti aku bergambar. Gediks betul. 




Jauh kami berjalan. Akhirnya sampai ke Arc de Triomphe Etoile. Masa ni, Hirzi hilang pass train ye. Kami pergi patah balik takut tercicir. Tapi tak jumpa.


Kami naik tren dari Ch de Gaulle pastu turun kat Trocadero. Kami pergi ke Cite de L'Architecture. Tengok Eiffel Tower dari atas.


Selepas sampai ke Eiffel Tower, Mak & Ayah mertua aku nak balik hotel dah sebab banyak sangat dah berjalan dari pagi tadi. Kaki Abah dah sakit. Sebelum balik, mereka nak singgah shopping kat Galeries LaFayette dulu. Kami pun nak join sekali. Tapi cari-cari tak jumpa pulak, dah ramai tanya orang dan dah jauh kami berjalan. Abah pun give up, dia nak balik hotel. Kepenatan.


Aku dengan Hirzi still nak teruskan perjalanan. Sebenarnya aku agak risau jugak dengan kandungan aku yang 4 bulan ni sebab banyak sangat aku berjalan ni. Pinggang pun dah start sakit. Tapi hari last dah ni. Esok nak balik dah. Tak puas lagi round Paris.

Kami naik tren menuju ke Eiffel Tower balik. Aku nak tengok dengan lebih dekat lagi. Tadi tengok dari atas je. Aku nak pergi betul-betul bawah dia.



Dekat sekitar ni ada banyak jual cenderahati. Agak murah. Aku beli key chain. Lagi lagi key chain..berapa banyak key chain maaa..

Kami berjalan melalui Champ de Mars. Berdepan dengan Eiffel Tower ada Ecole Militaire. Hari dah nak gelap. Musim winter, waktu siang dia cepat. Kami meneruskan berjalan pergi ke Musee de L'Armee.


Sebelum balik kami nak singgah jugak kat Galeries LaFayette. Kami pergi yang berdekatan dengan hotel kami, turun kat Metro No 55: Chaussee d'Antin-La Fayette. Metro ni betul2 depan galeries.

Ramai giler tourist dari China shopping kat sini. ramai borong beg LV. Giler r. Memang beg LV lagi murah dari Malaysia. Murah dalam ratusan jugak.Oklah. Boleh claim tax kat airport nanti. Aku hanya mampu beli perfume je. Hahahaa. Coach macam beg biasa je kat sini. Murah pulak tu. Geram je nak beli.

Kami bergerak balik, sebelum tu kami round pekan India kat area Gare du Nord. Kononnya nak cari plate hiasan dari Paris. Tadi tak beli. Padan muka.

Hati-hati ye kalian semua kalau di Paris ni. Banyak pick pocket. Modus operandi diaorg macam-macam. Salah satunya seperti kat bawah, berdasarkan pengalaman kami sendiri;

1) Kami nak masuk ke dalam train, tetiba ada sekumpulan budak remaja menolak kami dari belakang dengan rapat ketika pintu tren nak tutup. Ingatkan biasalah sebab nak kejar tren. Ada yang sibuk tanya macam2 kat mak mertua aku. Tetiba ada dompet jatuh. Aku ternampak. Rupanya dompet ayah mertua aku punya. Macamana boleh jatuh sedangkan Abah pakai baju sweater sampai paras lutut dan dompet tu ye letak dalam poket seluar depan dia. Hadoii..bahaya betul. Nasib budak tu tak berjaya nak curi.


2) Kami tengah berjalan kat area Arc de Triomphe Etoile, tetiba sekumpulan budak remaja perempuan sibuk duk suruh isi form untuk donation apa ntah. Kami just ignore je. Tapi mereka keep pushing & ikut kami rapat-rapat. Tapi bila start nak naik train, baru laki aku perasan tiket train dia untuk 1 hari tu hilang. Hmmm..T_T

Haaa..kat Paris ni kami asyik makan kat kedai Pak Arab je. Berlambak. Hehehee



No comments:

Post a Comment