Friday, 18 September 2015

Friends Trip : 10D9N in Japan

Hi,

Itinerary for Japan trip : Tokyo - Kyoto - Osaka









Thursday, 14 May 2015

Pengalaman : Tempoh Mengandung



Setelah setahun berkahwin..akhirnya aku confirm bakal jadi seorang ibu...wohooo!!! happy nya💓

Di awal kandungan aku..aku agak lemah sikit sebab tak de selera makan sangat dan emosi terlebih-lebih. Cepat je nak emo-emo dengan laki sendiri..hahhaa..

Aku selalu kena serang dengan migraine..before ni selalu je kena serang tapi dalam 2 hari macam tu dah hilang sakitnya..tapi kali ni sampai dekat seminggu baru nak ok..waaa..memang tak tahan!

Aku pergi keje dengan naik moto..after kandungan berumur 7 bulan..baru aku naik train..pastu bila dah 36 weeks..baru aku start naik kereta ke opis..hmmm..

Aku start scan 3D/4D masa kandungan 5 bulan. Baru nampak. Aku buat temujanji kat Scan 3D/4D Malaysia. Ada few clinics boleh pilih tapi aku pilih yang berdekatan rumah aku. Klinik Dr Fauziah di Ampang -  Alamat Klinik : 15, Persiaran Desa Ampang, Taman Sri Ampang, Ampang, KL 51000, Malaysia

    3D 4D SCAN IN MALAYSIA
    60176202933
    3d.4d.scan.malaysia@gmail.com
    3d-4d-scan-malaysia.com

Pada hari temujanji tu, aku tunggu kat 2 jam tu walaupun sudah bertemujanji. Rasa sedih plak aku menunggu begini..dah r lapar. Nasib baik doktor nya peramah and pandai ambik hati aku balik. Semua berjalan lancar. Agak susah nak scan muka baby sepenuhnya sebab dia asyik tutup muka dia dengan tangan.

Yang best nya kat sini, mereka akan scan sampai nampak muka, kalau tidak..free je. Ok! confirm dah 100% baby boy. Hehehee. Happy nya tengok baby sihat dalam perutku. Dengar denyutan jantung dia.

Di akhir trimester, aku mengalami pedih hulu hati yang teruk. Arghhh..sangat menyeksakan. Sentiasa rasa pedih lagi berapi2. Aku hanya boleh minum air..minum lagi or ambil gaviscon. Tapi tidak bagi kesan sangat pun.

Paling best waktu mengandung..ketika baby bergerak2 dalam perut kita. Giler rindu dengan moments ni.

Restoren Masakan Jepun - Suma


Aku jarang2 makan masakan jepun ni. Yang biasa aku makan teppanyaki je. Kawan aku kat Sogo ada recommend aku makan masakan jepun yang baru buka di Sogo. Katanya masakan kat restoren tu boleh tahan.

Kebetulan waktu lunch break kami ke Sogo untuk beli hadiah, aku pun ajak r lunchmate aku makan kat restoren Suma. Masuk je..semua staff mereka greeting ''..hehehe. Aku makan set bento promosi.

Waa...tak sabar nak makan. Aku dah jatuh cinta pada masakan jepun..dalam seminggu tu..3x aku g makan kat situ..lain2 orang aku bawak.

So..sape2 yg minat or nak mencuba masakan jepun..silalah try kat Suma. Jangan lupa makan salad dia..marvellous!


Sunday, 10 May 2015

Europe : 3D2N in Arstemdam


Hi..

Kami ke Arstemdam menaiki kapal terbang tambang murah Easyjet. Service dia pun agak teruk, macam service kat Airasia la..lagi teruk kot. Huru hara jap perjalanan dari Manchester Airport ke Schipol Airport. Nak melepasi masuk ke dalam boarding room pun susah.

Aku siap kena soal siasat sikit dengan pegawai yang checking luggage aku. Padahal isu kecik je..ada Tiger Balm dalam beg galas aku. Membahayakan ke?? aku pun tak tahu..Aku cakap aku pregnant, aku perlukan balm tu if ada rasa nak muntah. Yang suami aku pulak tinggal luggage kat tepi and datang kat aku. Yelah risau aku kena inteview siap habis barang2 aku dalam beg galas kena punggah.

Bila dah settle, suami aku pergi ambik luggage yang dia tinggal kat tepi tadi. Satu hal lak, dah ada pegawai tunggu kat situ. Kena di soal siasat lagi sebab tinggalkan luggage, mereka ingatkan ada bom lak kat dalam tu. Aiyooo..!!! dah explain panjang lebar barulah dia lepaskan, tapi dia bukak jugaklah tengok barang dalam tu..tengok r kalau nak tengok sangat pun..kan dah kata dalam tu hanya ada barang shopping aku je..!!! wekkk!!!!

Beli Pandora - hadiah bufday utk adikku Wani - murah skit kat Schipol Airport

Sampai je kat Schipol Airport kami sewa minivan ke hotel kami. Lega rasanya bila dah sampai hotel. Kami menginap hotel Best Western - Blue Tower Hotel.

Safely arrived kat Schipol Airport
We stayed here^^
Dapat brochure dari kaunter hotel. Hari ni kebetulan ada Tulip Day kat Dam.

Kami bersiap nak round bandar Arstemdam ni..kami naik transkat ke Dam. Karnival bunga tulip tu buat depan Maddame Thaussad. Tapi dah nak habis dah event bungi tulip masa kami sampai..yang dijual tinggal sikit je lagi. Ada akak tu bagi sikit kat kami.





Round2 bandar sampailah ke malam. Orang sini banyak guna pengangkutan awam & kayuh basikal je. Cool~ How I wish Malaysia pun macam ni jugak. Ni setiap hari stucked dalam traffic jam.








Day 2 : Round Arstemdam City

Hari ini pagi2 lagi kami dah merayau kat bandar. Sunyi giler jalan. Takde orang kuar sangat pun lagi. Maybe sebab cuaca sejuk better stay kat dalam rumah je. Lagi pun hari ni hari cuti.








Kincir angin - simbol Arstemdam


Welkom in het Oosterpark!!


Kedai makan - recommended by Trip Advisor!
Beli sourveniour lagi! Kat sini agak murah..
Makan malam kami di sini^^



Day 3 - Bye bye Arstemdam

Pagi2 kami dah bersiap ke Arstemdam Centraal - naik Thalys ke Paris lak. Hmmm..banyak sangat tempat kami tak sempat cover. Masa suntuk. Takpelah..at least dapat jugak jejak kaki ke sini.




Saturday, 28 February 2015

Europe: 3D2N in Paris


Hello..

Day 1: Safely arrived in Paris

Kami pergi ke Paris naik train Thalys dari Arstemdam, perjalanan makan masa dalam 4 jam.
Kami beli tiket ni kat web Rail Europe UK: train tickets to France and Europe, tengok lah kat Voyages-SNCF.com. Korang click je kat link ni http://uk.voyages-sncf.com/en/




Sampai je kat Metro station Gare du Nord, kami beli tiket train round Paris untuk 1 hari besok. Senang. Tak payah lah setiap kali nak naik train baru nak beli tiket. Leceh lagi lambat.
#Metro station - ??

Kat Paris kami booking hotel yang dekat dengan Gare du Nord Metro station. Kami heret je luggage ke hotel tu. Dalam 10 minit sampai. Hotel 2 star je tapi ok lah not bad..senang sikit kat tengah bandar. Kami booking hotel ni melalui booking.com, kalau nak booking hotel kat Paris, survey lah kat sini http://www.booking.com/city/fr/paris.en-gb.html


Hari ni kami jalan-jalan di sekitar hotel kami je. Banyak kedai yang dah tutup.

Aku ambik banyak brochures kat counter hotel. Study sikit pasal train nya line. Esok senang. Suami aku ada tanya nak pergi ke Disneyland tak besok. Kalau pergi mesti 1 hari habis dalam Disneyland je. Aku nak round tempat-tempat yang patut aku round di kota Paris ni. Rugi r kalau tak pergi kat places you should visit when in Paris..heheee~


Day 2: Round Paris city

Hari ni hari last untuk kami nya travel log. Esok sudah mau balik. So, aku kena all out habis lah hari ni. Ok breakfast dulu then kami menuju ke tempat-tempat yang menarik mengikut line train.

Mula-mula kami naik tren kat Gare du Nord Metro (RER) pastu turun kat Hotel De Ville. Kat sini kami jalan-jalan tengok Sainte Chapelle. Jalan lagi sampai la ke Notre Dame.


Kat sekitar Notre Dame ni banyak jugak kedai jual souveniour. Nak beli kat sini pun ok. Ada certain kedai boleh kurangkan harga. Aku beli kat kedai India, katanya dia ada saudara kat Malaysia. Dia bagi harga discount sikit kat kami.


Kami teruskan perjalanan ke Musee Du Lourve. Yang segitiga berkaca tu. Pastu akan melalui taman yang luas. Sepanjang jalan tu tak berhenti aku bergambar. Gediks betul. 




Jauh kami berjalan. Akhirnya sampai ke Arc de Triomphe Etoile. Masa ni, Hirzi hilang pass train ye. Kami pergi patah balik takut tercicir. Tapi tak jumpa.


Kami naik tren dari Ch de Gaulle pastu turun kat Trocadero. Kami pergi ke Cite de L'Architecture. Tengok Eiffel Tower dari atas.


Selepas sampai ke Eiffel Tower, Mak & Ayah mertua aku nak balik hotel dah sebab banyak sangat dah berjalan dari pagi tadi. Kaki Abah dah sakit. Sebelum balik, mereka nak singgah shopping kat Galeries LaFayette dulu. Kami pun nak join sekali. Tapi cari-cari tak jumpa pulak, dah ramai tanya orang dan dah jauh kami berjalan. Abah pun give up, dia nak balik hotel. Kepenatan.


Aku dengan Hirzi still nak teruskan perjalanan. Sebenarnya aku agak risau jugak dengan kandungan aku yang 4 bulan ni sebab banyak sangat aku berjalan ni. Pinggang pun dah start sakit. Tapi hari last dah ni. Esok nak balik dah. Tak puas lagi round Paris.

Kami naik tren menuju ke Eiffel Tower balik. Aku nak tengok dengan lebih dekat lagi. Tadi tengok dari atas je. Aku nak pergi betul-betul bawah dia.



Dekat sekitar ni ada banyak jual cenderahati. Agak murah. Aku beli key chain. Lagi lagi key chain..berapa banyak key chain maaa..

Kami berjalan melalui Champ de Mars. Berdepan dengan Eiffel Tower ada Ecole Militaire. Hari dah nak gelap. Musim winter, waktu siang dia cepat. Kami meneruskan berjalan pergi ke Musee de L'Armee.


Sebelum balik kami nak singgah jugak kat Galeries LaFayette. Kami pergi yang berdekatan dengan hotel kami, turun kat Metro No 55: Chaussee d'Antin-La Fayette. Metro ni betul2 depan galeries.

Ramai giler tourist dari China shopping kat sini. ramai borong beg LV. Giler r. Memang beg LV lagi murah dari Malaysia. Murah dalam ratusan jugak.Oklah. Boleh claim tax kat airport nanti. Aku hanya mampu beli perfume je. Hahahaa. Coach macam beg biasa je kat sini. Murah pulak tu. Geram je nak beli.

Kami bergerak balik, sebelum tu kami round pekan India kat area Gare du Nord. Kononnya nak cari plate hiasan dari Paris. Tadi tak beli. Padan muka.

Hati-hati ye kalian semua kalau di Paris ni. Banyak pick pocket. Modus operandi diaorg macam-macam. Salah satunya seperti kat bawah, berdasarkan pengalaman kami sendiri;

1) Kami nak masuk ke dalam train, tetiba ada sekumpulan budak remaja menolak kami dari belakang dengan rapat ketika pintu tren nak tutup. Ingatkan biasalah sebab nak kejar tren. Ada yang sibuk tanya macam2 kat mak mertua aku. Tetiba ada dompet jatuh. Aku ternampak. Rupanya dompet ayah mertua aku punya. Macamana boleh jatuh sedangkan Abah pakai baju sweater sampai paras lutut dan dompet tu ye letak dalam poket seluar depan dia. Hadoii..bahaya betul. Nasib budak tu tak berjaya nak curi.


2) Kami tengah berjalan kat area Arc de Triomphe Etoile, tetiba sekumpulan budak remaja perempuan sibuk duk suruh isi form untuk donation apa ntah. Kami just ignore je. Tapi mereka keep pushing & ikut kami rapat-rapat. Tapi bila start nak naik train, baru laki aku perasan tiket train dia untuk 1 hari tu hilang. Hmmm..T_T

Haaa..kat Paris ni kami asyik makan kat kedai Pak Arab je. Berlambak. Hehehee