Tuesday 27 January 2015

Tips : Penjanjian Penyewaan


Hi...!!

Before ni aku plan nak proceed buat homestay untuk rumah aku yang kat Terengganu tu..tapi macam laki aku cakap..susah nak manage homestay kalau kita duduk jauh..

Sayang jugak nak sewa..nak-nak kalau orang yang sewa tu buat sambil lewa je dengan rumah kita...dah la rumah baru...aku pulak gedik pergi beli lampu yang mahal-mahal..padahal pakai lampu kalimantan sudah..

Setelah 3 tahun berlalu..rumah tu terbiar kosong..aku start daftar homestay.net..so adalah beberapa orang respon nak sewa..tapi orang nak sewa tu macam-macam ragam..ada nak buat parti la..ada nak sumbat pelajar kat 30 orang..lepas tu siap mintak kurang harga lagi..


Iklan homestay di homestay.net

Lastnya..aku try buat iklan untuk sewakan pulak kat mudah.com..aku nya target nak bagi sewa kat company sebab include perabot kan..

Iklan sewa di mudah.com

Selepas beberapa hari ada yang respon...tapi dia nak buat stor barang..mana boleh kawasan perumahan buat premis stor..ok rejected!

Sehari sebelum tamatnya tempoh iklan aku kat mudah.com..ada family ni nak sewa..mereka baru berpindah dari Lahad Datu, Sabah..nak settle down kat Terengganu after pension..sementara nak tunggu rumah mereka siap..dia nak sewa rumah dalam setahun..ok deal..akhirnya dah ada tenant..!!

Masalahnya di sini..barang-barang dalam rumah tu..satu kerjaan pulak kami kena berangkut..sooo..aku tak nak pening kepala..aku suruh family aku jual je perabot dalam rumah tu...Alhamdullilah..4 biji katil sold out..katil kayu cengal..ramai r orang nak...sebab tahan lama..

After bakal penyewa dah bayar 1+1 deposit/sewa rumah beserta RM500.00 as deposit bil air+api....aku prepare agreement...make sure both parties signed..

Yuhuuu...!!! akhirnya rumah tu dah berpenghuni..hopefully family tu jaga rumah tu seeloknya..

Contoh Perjanjian 1;


PERJANJIAN PENYEWAAN
Perjanjian antara tuan rumah  (nama tuan rumah)    dan penyewa  (nama penyewa)    di persetujui dari tarikh _(tarikh sewa bermula)  di rumah yang beralamat __(alamat rumah sewa)___.

Perjanjian yang harus dipersetujui adalah berikut:-

1. Bayaran pendahuluan bernilai RM 960.00 (RM 430.00 wang deposit, RM430.00 bayaran sewa bulan November2014 dan RM 100.00 adalah deposit api & air.

2. Penyewa hendaklah membayar sewa bulanan sebanyak RM 430.00 sebelum atau pada 29hb Disember2010 diikuti bulan-bulan berikutnya. (bank-in pada akaun Maybank Abu bin Ali 1-12345-67899-1)

3. Notis untuk keluar dari rumah hendaklah diberitahu 1 bulan sebelum keluar. Sekiranya kurang dari 1 bulan notis, wang pendahuluan tidak akan dikembalikan. Begitu juga sekiranya penyewa menduduki rumah tersebut kurang dari satu tahun maka wang pendahuluan juga tidak dikembalikan.

4. Sekiranya tuan rumah memberi notis untuk keluar rumah kurang dari 1bulan maka duit pendahuluan akan dipulangkan semula. (bergantung kepada pembayaran sewa bulanan yang teratur)

5 Notis keluar rumah akan diberi sekiranya pembayaran sewa bulanan lewat selama 2 minggu.

6. Segala kerosakan yang terjadi semasa penyewa menduduki rumah tersebut adalah tanggungan penyewa sendiri.

7. Segala ubahsuai dan penambahan di dalam rumah hendaklah diberitahu terlebih dahulu kepada tuan rumah. Semua kos pengubahsuaian adalah tanggungan penyewa sendiri.

8. Penyewa hendaklah menjaga kebersihan rumah tersebut dalam keadaan yang memuaskan dan tidak memaku dinding di serata tempat.

9. Bil pembayaran api dan air hendaklah ditunjukkan setiap 2 bulan sekali dan hendaklah diberi satu salinan kepada tuan rumah.

10. Perjanjian ini berkuatkuasa selama 2 tahun dari tarikh ditandatangani dan  akan diperbaharui kembali pada dua tahun berikutnya berikutnya.


Yang Benar,                                                                 Penyewa,



…………………….                                                        ………………………
Abu bin Ali                                                                   Zainab Binti Zaitun
i/c no                                                                            i/c no
h/p-017-xxxxxx                                                           h/p-012-xxxxxx



Contoh Perjanjian 2;


PERJANJIAN PENYEWAAN

PERJANJIAN ini dibuat pada 16hb Januari 2015 di antara__nama tuan rumah___ (NO KP: _________) yang beralamat di _____alamat rumah tuan rumah________ (dirujuk sebagai Tuan Rumah) di satu pihak dan __nama penyewa___ (NO KP: _________) yang beralamat di _____alamat rumah penyewa_____ (dirujuk sebagai Penyewa) di pihak yang lain.

YANG MANA Tuan Rumah adalah pemilik berdaftar ke atas premis  ___alamat rumah yang disewakan___ dirujuk sebagai Premis.

DAN YANG MANA di atas tawaran oleh penyewa, Tuan Rumah bersetuju menyewakan kepada Penyewa keseluruhan Premis tertakluk kepada syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan yang terkandung di dalam perjanjian ini.

PERJANJIAN INI MENYAKSIKAN bahawa:-

1. Tuan Rumah menyewakan kepada Penyewa keseluruhan Premis untuk tempoh sewaan selama 1 tahun bermula 1 haribulan Februari 2015 dan berakhir pada 31 haribulanJanuari 2016 dengan bayaran sewaan bulanan sejumlah RM1,150.00 (Ringgit Malaysia: SATU RIBU SATU RATUS LIMA PULUH SAHAJA) dibayar sebelum atau pada setiap 16 haribulan kalendar yang mana bayaran pertama dibuat pada 16 haribulan Januari 2015.

2. Penyewa membayar kepada Tuan Rumah wang sejumlah RM1,150.00(Ringgit Malaysia: SATU RIBU SATU RATUS LIMA PULUH SAHAJA) sebagai cagaran yang merupakan jaminan ke atas perlakuan dan pematuhan oleh Penyewa terhadap syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan yang terkandung di dalam perjanjian ini. 

Jumlah wang cagaran ini dikekalkan selama tempoh sewaan yang dijanjikan dan tidak boleh sama sekali dirujuk sebagai bayaran sewaan bulanan tanpa mendapat persetujuan bertulis dari Tuan Rumah. Wang cagaran AKAN dikembalikan kepada Penyewa selepas penamatan Perjanjian.

3. Penyewa membayarkepada Tuan Rumahwangsejumlah RM500.00 (Ringgit Malaysia: LIMA RATUS SAHAJA) sebagai cagaran bekalan elektrik dan air atas Premis. Wang cagaran akan dikembalikan oleh Tuan Rumah kepada Penyewa setelah menolak mana-mana bayaran, sekiranya ada, yang terhutang kepada Tuan Rumah selepas penamatan perjanjian. 

4. PENYEWA DENGAN INI BERSETUJU bahawa:-

4.1 menjelaskan bayaran sewaan bulanan pada tarikh dan cara sebagaimana yang ditetapkan;

4.2 menjelaskan caj bekalan elektrik dan air ke atas Premis mulai dari tempoh sewaan sehingga luput tempoh sewaan atau tempoh yang lebih awal, sekiranya Perjanjian ditamatkan sebelum luput tempoh sewaan;

4.3 semasa tempoh sewaan, Penyewa memastikan Premisberada di dalam keadaan yang boleh dihuni (inhabitable) dengan selesa dan membaik pulih mana-mana kerosakan yang disengajakan (keusangan di kecualikan) atau membayar nilai yang sama untuk kos kerosakan tersebut kepada Tuan Rumah sekiranya dituntut oleh Tuan Rumah;

4.4 tidak menyewakan keseluruhan atau sebahagian Premis kepada mana-mana pihak ketiga;

4.5 membenarkan Tuan Rumah atau wakil Tuan Rumah dalam waktu yang munasabah untuk masuk dan memeriksa keadaan Premis dari masa kemasa;

4.6 menggunakan Premis untuk tujuan tempat tinggal sahaja;

4.7 tidak membenarkan atau membiarkana pa-apa perlakuan menyebabkan perlindungan insuran kerosakan dan/atau kebakaran ke atas Premis terbatal atau dibatalkan dan sekiranya perlakuan terjadi yang menyebabkan penambahan ke atas premium insuran atau kos kerosakan dialami oleh Tuan Rumah maka Penyewa menebus atau membayar apa-apa kos tambahan yang dialami apabila dituntut oleh Tuan Rumah;

4.8 menyerahkan kembali Premis kepada Tuan Rumah dalam keadaan boleh dihuni (inhabitable) apabila tempoh perjanjian luput atau tamat;

4.9 tidak menjalankan sebarang kerja ubahsuaian ke atas Premis tanpa mendapat kebenaran bertulis Tuan Rumah yang mana kebenaran tersebut tidak dinafikan secara tidak munasabah;

4.10 tidak menggunakan atau membenarkan Premis atau mana-mana bahagian Premis sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan yang tidak bermoral; dan

4.11 tidak melakukan atau membenarkan perlakuan atau perkara yang boleh menimbulkan gangguan atau aduan dikemukakan oleh penghuni atau penghuni-penghuni di bangunan yang bersekali dengan Premis;

5. TUAN RUMAH DENGAN INI BERSETUJU bahawa:-

5.1 menjelaskan mana-mana tuntutan ke atas cukai pintu, taksiran dan lain-lain bayaran yang berkaitan dengan Premis, semasa dan hadapan, kecuali bayaran yang tertanggung ke atas Penyewa yang dinyatakan di dalam perjanjian ini;

5.2 memastikan keadaan yang boleh dihuni (inhabitable) ke atas struktur utama, dinding dan bumbung Premis dan membaikpulih kerosakan yang membabitkan struktur utama,dinding dan bumbung Premis selama mana Perjanjian berkuatkuasa;

5.3 memastikan Premis dilindungi insuran ke atas kerosakan di sebabkan kebakaran kecuali harta atau barangan di dalam Premis kepunyaan Penyewa yang mana Penyewa sendiri mengambil perlindungan insuran; dan

5.4 Penyewa, selama mana menjelaskan bayaran sewaan dan mematuhi syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan terkandung di dalam Perjanjian menghuni dengan aman dan memanfaatkan Premis dalam tempoh sewaan tanpa gangguan Tuan Rumah atau pihak yang berkepentingan ke atas Premis atau wakil Tuan Rumah.

6. ADALAH DIPERSETUJUI ANTARA TUAN RUMAH DAN PENYEWA bahawa:-

6.1 sekiranya mana-mana bayaran sewaan atau bahagian dari bayaran sewaan tertunggak melebihi dari empat belas (14) hari dan ke atas (samaada dituntut atau sebaliknya) atau Penyewa melanggar mana-mana syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan di dalam Perjanjian, Tuan Rumah berhak mengambil semula Premis dan dengan itu menamatkan perjanjian tanpa apa-apa notis yang mana perlakuan menamatkan Perjanjian tidak menjelaskan tuntutan ganti rugi Tuan Rumah ke atas pelanggaran terdahulu syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan Perjanjian oleh Penyewa;

6.2 sekiranya dalam tempoh sewaan, Premis diisytiharkan tidak sesuai untuk dihuni di sebabkan oleh kebakaran yang tidak disengajakan, Penyewa berhak mendapat bayaran sewaan atau sebahagian berkadaran dengan tahap dan tempoh baik pulih sehingga Premis diperbaiki dalam keadaan boleh dihuni (inhabitable);

6.3 Tuan Rumah tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kerugian harta Penyewa di dalam Premis disebabkan oleh kebakaran, air, malapetaka alam, penceroboh, kecurian dan perkara-perkara luarjangka;

6.4 Sebarang notis yang perlu diberikan atau diserahkan adalah secara bertulis dan serahan notiskepada Tuan Rumah atau Penyewa dibuat samada melalui pos biasa atau meninggalkan notis di alamat lazim atau yang diketahui;

6.5 Tuan Rumah dan Penyewa berhak untuk menamatkan Perjanjian sebelum tempoh matang dengan menyerahkan notis dua (2) bulan sebelum tarikh penamatan;

6.6 Tanpa notis di perenggan 6.5, Tuan Rumah berpuashati bahawa Penyewa mematuhi syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan Perjanjian dan Perjanjian tidak ditamatkan sebelumnya, Perjanjian ini dilanjutkan dengan sendirinya untuk tempoh dua belas (12) bulan kalendar dari tarikh matang Perjanjian atau dari tarikh lanjutan yang terakhir dengan kadar bayaran sewaan bulanan berasaskan kepada kadar pasaran semasa atau kadar yang dipersetujui oleh Tuan Rumah dan Penyewa;

6.7 Kos dan perbelanjaan yang bersabit dengan Perjanjian termasuk cukai setem dan yuran guaman adalah ditanggung oleh Penyewa; dan

6.8 Perjanjian ini adalah mengikat pihak-pihak yang dinamakan termasuk penerima kuasa, pengambil alih dan wakil perundangan pihak-pihak tersebut.

ADALAH DISAKSIKAN yang mana pihak-pihak yang dinamakan memeterai Perjanjian pada tarikh yang dinyatakan di perenggan awal perjanjian ini.


BAHAWASANYA, saya ____________________________________________ telah bersetuju untuk menyewa rumah yang beralamat seperti di atas dan saya memahami segala syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas.


TandatanganPenyewa:                                Tandatangan Tuan Rumah:

____________________ ______________________
Nama:                                                           Nama: 
No K/P:                                                         No K/P:

Friday 16 January 2015

Info : Package Mengurut Selepas Bersalin di Bangi/Putrajaya/Kajang


Hi...^^

Selepas bersalin..memang wajib kena mengurut..dalam 3 hari berturut-turut untuk lembutkan balik urat kita sebab masa kita meneran..semua urat-urat jadi tegang..mana taknya..sepenuh tenaga kita meneran..kena betulkan balik kedudukan peranakan kita ke tempat asalnya..

Sepatutnya lepas bersalin tu terus kena berurut sebab nanti kalu lambat..urat-urat jadi kembang or masuk angin..kalau tak berurut tu yang dia jadi tegang dan badan kita tak selesa..

Semasa mengurut memang sakit sikit tapi kena tahan la..lepas urut tu akan rasa lega sangat..badan pun akan rasa segar

Tukang urut aku ada bagitahu aku pantang-pantang selepas bersalin..antara pantangnya;

Jangan minum air tebu & air kelapa
Banyakkan makan ulam
Jangan minum ais
Jangan keluar rumah

Apa salah nya keluarkan duit lebih sikit untuk kesihatan diri sendiri..

Kepada sesiapa yang masih mencari-cari tukang urut selepas bersalin..kat sini ada offer package penuh selepas bersalin hanya RM450.00..!! 

* Warga tempatan
* Tak perlu untuk dijemput..dia akan ke rumah anda


Package lain yang dia offer^^

Saturday 10 January 2015

Pengalaman : Tempoh Melahirkan Baby Adam


Hi..^^

Hari ini aku nak bercerita pengalaman aku masa nak melahirkan si Adam ni..

Kandungan aku dah melepasi due date..sepatutnya due aku 25hb june 2014..tapi 25hb tu aku pergi check up..doktor cakap still tak de laluan lagi..baby langsung tak engaged..katanya..berdasarkan dari pengalaman dia bekerja..aku ni akan susah nak beranak nanti..masa dia cakap tu..mata aku dah start bergenang..aku jadi takut..hmmmm...sedihnya.. 

Doktor nak aku check in ward malam tu jugak pastu induce..maknanya aku kena push baby aku ni keluar..doktor advice aku supaya tak delay lagi..sebab baby dah matang and dia takut baby ni akan membesar lagi.. 

Tapi aku mintak delay jugak..bagi aku masa, aku tak nak push baby ni keluar..biar baby ni keluar secara sukarela..after discuss..doktor bagi tempoh 3 hari je..malam sebelum 1 Ramadhan aku kena check in...ok deal..!! pastu doktor bagi aku MC 3 hari..aku kena lebih banyak exercise lagi ni..

Alhamdulillah dari awal tahun 2014 sampai ke due date pregnancy aku..aku tak de ambik MC lagi.. 

Keesokkan harinya..aku pergi ke KLCC naik LRT kat Putra Gombak dalam pukul 10am...pastu aku round-round dalam KLCC tu window shopping..geram je nak beli..tapi nanti susah pulak aku nak bimbit bawak balik.. 

Pukul 530pm..aku balik..plan nak round kat area Tasik Taman Gombak pulak..ni aktiviti aku setiap petang..tu pun start exercise kat situ selepas kandungan aku berusia 38 minggu..hehehe 

Malam tu aku lepak-lepak kat rumah mak mertua aku..melantak makan udang & tea tarik..pastu dalam tu sibuk mesej dengan kakak ipar, Kak Yanti...plan nak pergi Sogo pulak esok..Sogo ada buat Members Sale..!! Aku nak beli baby car seat.. 

Sebelum tidur..kawan opis advice tak payah pergi Sogo..dibuatnya terberanak kat Sogo tu..tak ke nanti anak nama Ahmad Sogo pulak... 

Dalam pukul 230am..aku stat tak selesa nak tidur..perut memulas macam nak datang period gitu..tak sakit sangat tapi rasa lah tak selesanya..pukul 430am..aku bagi tahu laki aku yang perut aku rasa tak selesa..dia pun sibuk jugak nak bagi tahu yang dia pun sakit perut jugak..katanya..maybe sebab kami minum air tea tarik malam tadi..  Dia lupa ke yang bini dia ni tengah sarat..aiyoo!! 

Aku mesej Kak Yanti yang aku tak dapat pergi ke Sogo sebab sakit perut..laki aku nak pergi keje and dia suruh aku bersiap jugak sebab nak hantar ke rumah mak mertua..mentang-mentang lah dia tengok aku macam ok je so dia tak ambik serius..workaholic betul..aishhh..sebab dia ingat kalau nak bersalin..orang tu nak berdiri pun tak boleh.. 

Aku masuk toilet pastu ada darah keluar dah..ok salah satu tanda..sakit macam period tu dah datang makin kerap..kami bersiap untuk ke hospital..aku sempat lagi berbedak dengan bergincunya..tak de motif langsung..!! Hahaha.. 

Perjalanan dari Batu Caves ke Sg Buloh..Hospital Putra Medical Centre ambil masa dalam setengah jam..pukul 730am aku sampai and nurse mintak aku buat CGA dulu..dia nak tengok tahap contraction aku..

PMC

Pukul 8am aku jumpa Dr Ratna..dia check..bukaan aku dah 4cm..pastu dia cakap aku akan bersalin hari tu jugak..lepas aku cakap ok..then dia pecahkan air ketuban..rupanya baby aku dah berak..aigooo..bahayanya..!! Nasib baik baby tak sempat makan lagi..hewhew..T_T

Aku dibawa ke ward dengan wheelchair..mulanya aku menolak sebab masih larat lagi nak jalan tapi nasib baik la aku naik je..air ketuban aku keluar setiap kali berlaku kontraksi..kalau aku berjalan tadi..mesti habis lecun lantai hospital tu..hahaha..^^ 

Single room dah full..aku di tempatkan kat bilik yang 3 bedded share dengan uncle cina ni..mesti dia pasrah je duk dengan aku yang mengeran kesakitan sepanjang kontraksi tu..yang tak selesanya bila nurse cucuk ubat sabun julat kasi dalam perut kita clean & clear..pastu letak tiub kencing...eeee..memang tak selesa..!!

Aku tak sempat nak bersarapan..hospital ada bagi sandwish & pisang..laki aku duk sumbat pisang sikit-sikit and bagi minum air Milo supaya aku ada tenaga sikit nak meneran nanti..waaa..tempoh menahan sakit kontraksi ni memang menyakitkan..tapi aku hanya fikir yang sakit ini akan berakhir juga..just sabar menahan kesakitan..tarik nafas panjang..time ni aku teringat aku cara aku bernafas masa bersnokeling kat Redang hari tu..hehehe..mengucap banyak-banyak dari kita duk sebut sakit..sakit..

Bila bukaan dah 8cm..aku dimasukkan ke labour room..masa ni kontraksi semakin kerap dan sangatlah sakit..setiap tu jugak air ketuban keluar..boleh tak aku ingat aku dah terberak sebab sakit sangat..pastu siap panggil nurse..cakap..sori saya dah terberak..hahaha..nurse cakap tu air ketuban..

Sepanjang menghadapi kontraksi tu..aku genggam kuat tangan laki aku..patutnya aku tarik je rambut dia sebab buat aku jadi macam ni..biar dia rasa sakit sekali dengan kita..

Masa kat labour room tu ada nurse ajar cara nak meneran..dia bagitahu semasa meneran tu kena sekali nafas je..tarik nafas panjang-panjang dah teran sepenuh tenaga..ok noted with thanks..!!

Bila bukaan dah 10cm betul..doktor dengan nurse sama-sama cakap pushhh...aku pun sepenuh tenaga dan dengan sekali nafas aku terannnn..ok baby tak lepas lagi..doktor suruh kuat lagi..masa tu aku sempat suruh laki aku bantu aku dengan tolak belakang aku supaya perut aku macam tekan untuk baby keluar...tapi doktor cakap..tak ada kena mengena dengan laki aku...semuanya bergantung kat aku...hahahaa..malu kejap..

Sekali lagi masa contraction tu datang..mereka cakap push kuat-kuat..aku pushhh sampai berdesing telinga aku..dalam otak aku duk pikir pesanan mak aku..'jangan sesekali bagi doktor vacuum baby!..push sepenuh tenaga'..hehehe..even doktor buat episiotomi pun tak rasa sesakit kontraksi..!

Akhirnya genap jam 13:14 hari Jumaat..Yes!!! Adam dah berjaya keluar..!! Waaa..leganya..^^

Welcome to the new world my baby boy, Adam Harith Bin Hirzi..!!

Doktor suruh laki aku potongkan tali pusat baby..pastu nurse bersihkan baby..doktor pulak sibuk nak keluarkan uri..aku nampak samar-samar je sebab aku tak pakai spek..rabun aku kuat..pastu terus gelap pandangan aku..hehehe..tertidur ke or pengsan terus...hahaha..

Alhamdullilah syukur Ya Allah kerana mempermudahkan tempoh aku bersalin..


Monday 5 January 2015

Pengalaman : Tempoh Menyusukan Adam



Hi..^_^

Aku saje nak share pengalaman menyusu aku sebab aku ada masalah nak menyusukan si Adam ni..ingatkan menyusu baby senang..just suakan mulut dia kat breast kita then ok..tapi aku salah..!!

Aku pulak tak mengikuti mana-mana class prenatal..just belajar dari buku pregnancy je sebab ingat mudah je kan..hmm..aku silap..sepatutnya aku tak boleh pandang remeh..ianya tersangatlah penting..

Hospital ada buat class ajar cara penyusuan dan menjaga buah dada yang betul..tapi nurse yang sepatutnya explain kat aku bercerita pasal ubatan yang perlu aku makan selepas bersalin..then dia suruh aku sign je..aku pun satu..laju je sign..bukan nak baca dulu apa yang ditulisnya..kan dah rugi tak dapat info yang berguna..!!

Adam asyik menangis tak puas menyusu..breast aku bengkak..puting luka..aku jadi takut nak susukan Adam..semestinya sakit kalau puting dah luka..orang sekeliling kesian kat Adam..ingatkan tak cukup susu..susu badan mama dia kurang..lastnya Adam di bagi minum susu formula je..ni semua terjadi sebab aku tak tahu cara menyusukan bayi yang betul..nyesal gak before tu tak study betul-betul..

Frust sangat sebab tak dapat bagi Adam fully breastfeeding..



Sorry ye anak Mama..T_T

Mula-mula aku susukan Adam cara cradle hold..sampai tertidur..bahaya gak..dibuatnya Adam terlepas..mak aku tak bagi aku menyusu sambil baring..takut kita tertidur then tertindih baby tanpa sedar..tukang urut aku pun tak bagi jugak..katanya tak elok..nanti telinga anak kita berair..
Antara posisi ketika menyusu;



Ibu mana tak nak susukan bayi dia secara exclusive..at least sampai 6 bulan..hmmm..niat dah ada tapi ilmu aku kurang..akhirnya Adam minum susu formula jugak..dah lah Adam kena sakit kuning..


Adam minum susu ni..^^

Semasa dalam pantang tu lah..aku study cara breastfeeding yang  betul..aku start tengok gugel and you tube..pastu aku praktikkan kat Adam..lama-lama aku pun semakin yakin..tapi baby boy ni kuat betul menyusunya...asyik bergayut je dia..orang tengok pun rimas..gerkkk..penat wooo...dah r tengah tak berapa nak sihat lagi kan..aiyoo..tapi kita cuba dulu..kita boleh..!!

Asyik terpikir gak..masa ni..macamana nak tahu bayi kita dah kenyang ke belum..susu badan kita ni cukup tak untuk dia..bila tanya mak..dia cakap kalau bayi tu kenyang..dia akan stop sendiri..hmmm..tapi for info kat bawah ni sukatan susu untuk bayi mengikut umur..




Adam kena sakit kuning genap 2 minggu..dalam tempoh tu 7x Adam kena cucuk ambik darah..dari total serum billirubin (TSB) 7.9/135.09 sampai la turun ke 4.9/83.79..kesian tengok Adam..doktor pesan kat aku..bagi susu badan kat Adam..hanya susu ibu yang berkesan..aku ni bergayut la dengan Adam..tapi result nya jadi makin tinggi bacaan kuning dia...aigooo..pening-pening..




Nurse yang melawat aku kat rumah tak bagi kami jemur Adam kat cahaya matahari..katanya cahaya matahari dulu tak macam sekarang..so dia tak galakkan..kalau nak letak jugak..letak bawah dari pukul 930am..

Baby Adam cool je walaupun kena cucuk banyak kali..good boy!



Mak aku bagi je susu formula kat Adam biar dia berak banyak..kasi kuning tu keluar..mak mertua pun beli herba cina kasi Adam mandi..hehehe..akhirnya bacaan kuning Adam turun..hoorayy!!! 

Orang tua cakap tahi Adam cantik dah..tak cirit..lagi banyak berak..lagi kurang kuning dia..^^

Tq mak dengan mak mertua yang banyak membantu..!! Terharu..^^

Korea : Day 6 - Four Seasons House & Lotte World

Heelo..

Hari ke 6 di Seoul. Pagi2 kami dah bergerak ke Four Season House - cerita drama 4 musim under arahan Director Yoon. Semua drama dia meletup. Antara dramanya;
> Winter Sonata
> Autumn In My Heart
> Spring Waltz
> Love Rain

Valley from main road to Four Season House
Yay!! At last we found it..
Take our brunch at Four Season House cafe^^

After dah puas kami menerokai rumah lokasi Director Yoon. Kami pergi ke Seoul City Tower nak check T-Money si Aiin yang ada problem sebab tak dapat nak touch. Alang2 tu kami boleh refund balance dalam T-Money tu sekali. Esok kan kami nak pergi ke Jeju Island dah.

Untuk ke sana kami naik teksi. Mentang2 duit dalam T-Money tu banyak lagi. Sebelum ni, bukan main lagi kami berjimat dari naik teksi.




T Money office - kat kaunter
Koleksi T Money..giler cute kan kalau dapat si Teddy tu^^

Yay! Dah dapat refund

Haa..kalau nak pergi T Money..suruh taxi drop kat sini

Dah settle hal T-Money, kami pergi ke Namdaemun Market. Hari tu pergi tak puas shopping. Ni hari last kami nak meroyan shopping. Misi menghabiskan duit. Yana dari hari tu lagi tak senang duduk..nak beli kerongsang,,hari tu pergi tutup.


Inilah Namdaemun Market..
Kedai wholesale tu..harus korang kena masuk shopping sini..^^murah!!

Kat sini kena rajin2 survey sikit. Kalau pandai survey and bargain, korang akan dapat best price. Macam aku ni..dah survey tapi lupa harga kat kedai yang awal2 tu. Lastnya aku terbeli yang mahal jugak.

Aku beli periuk, set sudu yang banyak, key chain, dompet kecik as sourveniour, bantal Korea, apron yang sangat cute, baju blouse yang comel, baju t-shirt Korea and kerongsang yang banyak.


Kat sini kena beli wholesale..lagi dapat murah
Giler lawa2 kerongsang kat sini..waaaa!!

Dah habis shopping, barang kami shopping tadi kami tinggalkan dalam safety box kat Metro station. Malas nak bimbit hasil shopping ke hulu hilir.

Kami tinggal barang kami kat station ni..hehehe

Kami bergerak ke Yeuido untuk naik Han Gang River Cruise. Hari tu kan tak dapat naik. Kami dapat postpone date ke hari ni. Itu pun dapat tukar date selepas penat merayu di kaunter. Kalau tak burn macam tu je tiket.

Tapi rezeki kami jugak la..sebab hari yang sepatutnya kami naik tu hujan lebat giler. Tak best jugak lah kalau dapat naik pun. Cuaca sejuk tahap macam nak beku kot.




Kalau ke Seoul naik lah River Cruise..bestttt...aku rasa macam romantic2 gitu. Kan best kalau laki aku ada time ni. Pemandangan sunset view nya & ada 'magic show' kat jambatan. Cruise tu siap melalui air pancuran tu. Sampai basah jugak kami but we really have fun here.

Puas hati dapat jugak naik River Cruise.

Kami bertolak ke Lotte World. Kami plan nak masuk time yang paling last tu tapi nak dapatkan teksi dari Yeuido ni susah jugak. Kami tak sempat sampai ke Lotte World pada waktunya. Frust jugak tak dapat pergi ni.

Kami berlegar2 je kat Lotte Mall - last shopping. Aku beli Banana Uyu 1 kotak wat balik ke Malaysia. Giler. Saja nak beratkan luggage aku.

Balik ke BoA GH naik teksi sebab terlalu banyak barang shopping kami. Lagi pun dah tersangat penat. Hmmm...penatnya hari ini.



Sunday 4 January 2015

Friends Trip : 4D3N in Krabi


Hi..

Percutian aku bersama-sama officemate sebelum bergelar isteri..sempat lagi meroyan kan nak bercuti ke pulau..padahal persiapan kahwin belum ready lagi tuu..ok..tak pe..kita enjoy dulu..yuhuu!! 

Kami pergi Krabi for 4D3N in 12/07/14 - 15/07/12..kami pergi 9 orang (Aku, Diana, Nini, Kak Sai, Menaga, Rajes, Vanita, Ahnu and Ahnu's mom). 



Kami beli tiket Airasia ke Krabi ni 20/05/12 untuk 8 orang kecuali si sepupu aku ni, Diana last minute nak join trip ni jugak..so aku belikan tiket flight kat dia..lagi ramai lagi seronok.. 
#Airasia returned ticket to Krabi - $532.90 (include returned ticket sky bus at KL Sentral)

Our flight..!! we fly to Krabi..!!

Perjalanan dari LCCT to Krabi International Airport mengambil masa 1:30 hours and sampai di airport kami dijemput oleh wakil dari resort yang kami stay...Uncle Sor from Krabi Tipa Resort..very nice & friendly man..

Safely arrived at Krabi International Airport..!!

Time different Krabi with KL is about one hour...

Kami stayed di Tipa Resort, Ao Nang...memang sangat convinient stay kat hotel ni sebab memang dekat dengan Ao Nang street..tempat sewa motor pun sebelah pintu masuk hotel ni je..really recommended..
#Tipa Resort (Groupon Package) - $399.00 stay for 2+buffet breakfast 

Tipa Resort

Kat Krabi ni..tak perlu nak buat early booking kat internet pun tak pe..just datang je Krabi..banyak giler travel agent yang offer package yang best-best..lagi murah..!!!

Nearby places of interest in Krabi;
> Nopparat Thara Beach
> Krabi Town
> Tiger Cave Temple
> Famous Khao Khanap Nam limestone hills
> Koh Pan Yi floating Muslim Village
> Day trip to Phi Phi Island
> Sea kayaking at Ao Thalen Canyon
> Wat Phra Kaew Temple
> Tiger Temple
> Hot spring waterfall
> Night markets
> Restaurants 

Seriously..aku enjoy giler bercuti kat Krabi ni..yang pastinya aku nak datang lagi..kali ni..aku nak bawak laki aku pulak datang..yay!!