Tuesday 27 January 2015

Tips : Penjanjian Penyewaan


Hi...!!

Before ni aku plan nak proceed buat homestay untuk rumah aku yang kat Terengganu tu..tapi macam laki aku cakap..susah nak manage homestay kalau kita duduk jauh..

Sayang jugak nak sewa..nak-nak kalau orang yang sewa tu buat sambil lewa je dengan rumah kita...dah la rumah baru...aku pulak gedik pergi beli lampu yang mahal-mahal..padahal pakai lampu kalimantan sudah..

Setelah 3 tahun berlalu..rumah tu terbiar kosong..aku start daftar homestay.net..so adalah beberapa orang respon nak sewa..tapi orang nak sewa tu macam-macam ragam..ada nak buat parti la..ada nak sumbat pelajar kat 30 orang..lepas tu siap mintak kurang harga lagi..


Iklan homestay di homestay.net

Lastnya..aku try buat iklan untuk sewakan pulak kat mudah.com..aku nya target nak bagi sewa kat company sebab include perabot kan..

Iklan sewa di mudah.com

Selepas beberapa hari ada yang respon...tapi dia nak buat stor barang..mana boleh kawasan perumahan buat premis stor..ok rejected!

Sehari sebelum tamatnya tempoh iklan aku kat mudah.com..ada family ni nak sewa..mereka baru berpindah dari Lahad Datu, Sabah..nak settle down kat Terengganu after pension..sementara nak tunggu rumah mereka siap..dia nak sewa rumah dalam setahun..ok deal..akhirnya dah ada tenant..!!

Masalahnya di sini..barang-barang dalam rumah tu..satu kerjaan pulak kami kena berangkut..sooo..aku tak nak pening kepala..aku suruh family aku jual je perabot dalam rumah tu...Alhamdullilah..4 biji katil sold out..katil kayu cengal..ramai r orang nak...sebab tahan lama..

After bakal penyewa dah bayar 1+1 deposit/sewa rumah beserta RM500.00 as deposit bil air+api....aku prepare agreement...make sure both parties signed..

Yuhuuu...!!! akhirnya rumah tu dah berpenghuni..hopefully family tu jaga rumah tu seeloknya..

Contoh Perjanjian 1;


PERJANJIAN PENYEWAAN
Perjanjian antara tuan rumah  (nama tuan rumah)    dan penyewa  (nama penyewa)    di persetujui dari tarikh _(tarikh sewa bermula)  di rumah yang beralamat __(alamat rumah sewa)___.

Perjanjian yang harus dipersetujui adalah berikut:-

1. Bayaran pendahuluan bernilai RM 960.00 (RM 430.00 wang deposit, RM430.00 bayaran sewa bulan November2014 dan RM 100.00 adalah deposit api & air.

2. Penyewa hendaklah membayar sewa bulanan sebanyak RM 430.00 sebelum atau pada 29hb Disember2010 diikuti bulan-bulan berikutnya. (bank-in pada akaun Maybank Abu bin Ali 1-12345-67899-1)

3. Notis untuk keluar dari rumah hendaklah diberitahu 1 bulan sebelum keluar. Sekiranya kurang dari 1 bulan notis, wang pendahuluan tidak akan dikembalikan. Begitu juga sekiranya penyewa menduduki rumah tersebut kurang dari satu tahun maka wang pendahuluan juga tidak dikembalikan.

4. Sekiranya tuan rumah memberi notis untuk keluar rumah kurang dari 1bulan maka duit pendahuluan akan dipulangkan semula. (bergantung kepada pembayaran sewa bulanan yang teratur)

5 Notis keluar rumah akan diberi sekiranya pembayaran sewa bulanan lewat selama 2 minggu.

6. Segala kerosakan yang terjadi semasa penyewa menduduki rumah tersebut adalah tanggungan penyewa sendiri.

7. Segala ubahsuai dan penambahan di dalam rumah hendaklah diberitahu terlebih dahulu kepada tuan rumah. Semua kos pengubahsuaian adalah tanggungan penyewa sendiri.

8. Penyewa hendaklah menjaga kebersihan rumah tersebut dalam keadaan yang memuaskan dan tidak memaku dinding di serata tempat.

9. Bil pembayaran api dan air hendaklah ditunjukkan setiap 2 bulan sekali dan hendaklah diberi satu salinan kepada tuan rumah.

10. Perjanjian ini berkuatkuasa selama 2 tahun dari tarikh ditandatangani dan  akan diperbaharui kembali pada dua tahun berikutnya berikutnya.


Yang Benar,                                                                 Penyewa,



…………………….                                                        ………………………
Abu bin Ali                                                                   Zainab Binti Zaitun
i/c no                                                                            i/c no
h/p-017-xxxxxx                                                           h/p-012-xxxxxx



Contoh Perjanjian 2;


PERJANJIAN PENYEWAAN

PERJANJIAN ini dibuat pada 16hb Januari 2015 di antara__nama tuan rumah___ (NO KP: _________) yang beralamat di _____alamat rumah tuan rumah________ (dirujuk sebagai Tuan Rumah) di satu pihak dan __nama penyewa___ (NO KP: _________) yang beralamat di _____alamat rumah penyewa_____ (dirujuk sebagai Penyewa) di pihak yang lain.

YANG MANA Tuan Rumah adalah pemilik berdaftar ke atas premis  ___alamat rumah yang disewakan___ dirujuk sebagai Premis.

DAN YANG MANA di atas tawaran oleh penyewa, Tuan Rumah bersetuju menyewakan kepada Penyewa keseluruhan Premis tertakluk kepada syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan yang terkandung di dalam perjanjian ini.

PERJANJIAN INI MENYAKSIKAN bahawa:-

1. Tuan Rumah menyewakan kepada Penyewa keseluruhan Premis untuk tempoh sewaan selama 1 tahun bermula 1 haribulan Februari 2015 dan berakhir pada 31 haribulanJanuari 2016 dengan bayaran sewaan bulanan sejumlah RM1,150.00 (Ringgit Malaysia: SATU RIBU SATU RATUS LIMA PULUH SAHAJA) dibayar sebelum atau pada setiap 16 haribulan kalendar yang mana bayaran pertama dibuat pada 16 haribulan Januari 2015.

2. Penyewa membayar kepada Tuan Rumah wang sejumlah RM1,150.00(Ringgit Malaysia: SATU RIBU SATU RATUS LIMA PULUH SAHAJA) sebagai cagaran yang merupakan jaminan ke atas perlakuan dan pematuhan oleh Penyewa terhadap syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan yang terkandung di dalam perjanjian ini. 

Jumlah wang cagaran ini dikekalkan selama tempoh sewaan yang dijanjikan dan tidak boleh sama sekali dirujuk sebagai bayaran sewaan bulanan tanpa mendapat persetujuan bertulis dari Tuan Rumah. Wang cagaran AKAN dikembalikan kepada Penyewa selepas penamatan Perjanjian.

3. Penyewa membayarkepada Tuan Rumahwangsejumlah RM500.00 (Ringgit Malaysia: LIMA RATUS SAHAJA) sebagai cagaran bekalan elektrik dan air atas Premis. Wang cagaran akan dikembalikan oleh Tuan Rumah kepada Penyewa setelah menolak mana-mana bayaran, sekiranya ada, yang terhutang kepada Tuan Rumah selepas penamatan perjanjian. 

4. PENYEWA DENGAN INI BERSETUJU bahawa:-

4.1 menjelaskan bayaran sewaan bulanan pada tarikh dan cara sebagaimana yang ditetapkan;

4.2 menjelaskan caj bekalan elektrik dan air ke atas Premis mulai dari tempoh sewaan sehingga luput tempoh sewaan atau tempoh yang lebih awal, sekiranya Perjanjian ditamatkan sebelum luput tempoh sewaan;

4.3 semasa tempoh sewaan, Penyewa memastikan Premisberada di dalam keadaan yang boleh dihuni (inhabitable) dengan selesa dan membaik pulih mana-mana kerosakan yang disengajakan (keusangan di kecualikan) atau membayar nilai yang sama untuk kos kerosakan tersebut kepada Tuan Rumah sekiranya dituntut oleh Tuan Rumah;

4.4 tidak menyewakan keseluruhan atau sebahagian Premis kepada mana-mana pihak ketiga;

4.5 membenarkan Tuan Rumah atau wakil Tuan Rumah dalam waktu yang munasabah untuk masuk dan memeriksa keadaan Premis dari masa kemasa;

4.6 menggunakan Premis untuk tujuan tempat tinggal sahaja;

4.7 tidak membenarkan atau membiarkana pa-apa perlakuan menyebabkan perlindungan insuran kerosakan dan/atau kebakaran ke atas Premis terbatal atau dibatalkan dan sekiranya perlakuan terjadi yang menyebabkan penambahan ke atas premium insuran atau kos kerosakan dialami oleh Tuan Rumah maka Penyewa menebus atau membayar apa-apa kos tambahan yang dialami apabila dituntut oleh Tuan Rumah;

4.8 menyerahkan kembali Premis kepada Tuan Rumah dalam keadaan boleh dihuni (inhabitable) apabila tempoh perjanjian luput atau tamat;

4.9 tidak menjalankan sebarang kerja ubahsuaian ke atas Premis tanpa mendapat kebenaran bertulis Tuan Rumah yang mana kebenaran tersebut tidak dinafikan secara tidak munasabah;

4.10 tidak menggunakan atau membenarkan Premis atau mana-mana bahagian Premis sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan yang tidak bermoral; dan

4.11 tidak melakukan atau membenarkan perlakuan atau perkara yang boleh menimbulkan gangguan atau aduan dikemukakan oleh penghuni atau penghuni-penghuni di bangunan yang bersekali dengan Premis;

5. TUAN RUMAH DENGAN INI BERSETUJU bahawa:-

5.1 menjelaskan mana-mana tuntutan ke atas cukai pintu, taksiran dan lain-lain bayaran yang berkaitan dengan Premis, semasa dan hadapan, kecuali bayaran yang tertanggung ke atas Penyewa yang dinyatakan di dalam perjanjian ini;

5.2 memastikan keadaan yang boleh dihuni (inhabitable) ke atas struktur utama, dinding dan bumbung Premis dan membaikpulih kerosakan yang membabitkan struktur utama,dinding dan bumbung Premis selama mana Perjanjian berkuatkuasa;

5.3 memastikan Premis dilindungi insuran ke atas kerosakan di sebabkan kebakaran kecuali harta atau barangan di dalam Premis kepunyaan Penyewa yang mana Penyewa sendiri mengambil perlindungan insuran; dan

5.4 Penyewa, selama mana menjelaskan bayaran sewaan dan mematuhi syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan terkandung di dalam Perjanjian menghuni dengan aman dan memanfaatkan Premis dalam tempoh sewaan tanpa gangguan Tuan Rumah atau pihak yang berkepentingan ke atas Premis atau wakil Tuan Rumah.

6. ADALAH DIPERSETUJUI ANTARA TUAN RUMAH DAN PENYEWA bahawa:-

6.1 sekiranya mana-mana bayaran sewaan atau bahagian dari bayaran sewaan tertunggak melebihi dari empat belas (14) hari dan ke atas (samaada dituntut atau sebaliknya) atau Penyewa melanggar mana-mana syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan di dalam Perjanjian, Tuan Rumah berhak mengambil semula Premis dan dengan itu menamatkan perjanjian tanpa apa-apa notis yang mana perlakuan menamatkan Perjanjian tidak menjelaskan tuntutan ganti rugi Tuan Rumah ke atas pelanggaran terdahulu syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan Perjanjian oleh Penyewa;

6.2 sekiranya dalam tempoh sewaan, Premis diisytiharkan tidak sesuai untuk dihuni di sebabkan oleh kebakaran yang tidak disengajakan, Penyewa berhak mendapat bayaran sewaan atau sebahagian berkadaran dengan tahap dan tempoh baik pulih sehingga Premis diperbaiki dalam keadaan boleh dihuni (inhabitable);

6.3 Tuan Rumah tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kerugian harta Penyewa di dalam Premis disebabkan oleh kebakaran, air, malapetaka alam, penceroboh, kecurian dan perkara-perkara luarjangka;

6.4 Sebarang notis yang perlu diberikan atau diserahkan adalah secara bertulis dan serahan notiskepada Tuan Rumah atau Penyewa dibuat samada melalui pos biasa atau meninggalkan notis di alamat lazim atau yang diketahui;

6.5 Tuan Rumah dan Penyewa berhak untuk menamatkan Perjanjian sebelum tempoh matang dengan menyerahkan notis dua (2) bulan sebelum tarikh penamatan;

6.6 Tanpa notis di perenggan 6.5, Tuan Rumah berpuashati bahawa Penyewa mematuhi syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan Perjanjian dan Perjanjian tidak ditamatkan sebelumnya, Perjanjian ini dilanjutkan dengan sendirinya untuk tempoh dua belas (12) bulan kalendar dari tarikh matang Perjanjian atau dari tarikh lanjutan yang terakhir dengan kadar bayaran sewaan bulanan berasaskan kepada kadar pasaran semasa atau kadar yang dipersetujui oleh Tuan Rumah dan Penyewa;

6.7 Kos dan perbelanjaan yang bersabit dengan Perjanjian termasuk cukai setem dan yuran guaman adalah ditanggung oleh Penyewa; dan

6.8 Perjanjian ini adalah mengikat pihak-pihak yang dinamakan termasuk penerima kuasa, pengambil alih dan wakil perundangan pihak-pihak tersebut.

ADALAH DISAKSIKAN yang mana pihak-pihak yang dinamakan memeterai Perjanjian pada tarikh yang dinyatakan di perenggan awal perjanjian ini.


BAHAWASANYA, saya ____________________________________________ telah bersetuju untuk menyewa rumah yang beralamat seperti di atas dan saya memahami segala syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas.


TandatanganPenyewa:                                Tandatangan Tuan Rumah:

____________________ ______________________
Nama:                                                           Nama: 
No K/P:                                                         No K/P:

No comments:

Post a Comment